SDI 1229: Hukum Apps Lelaki Tukar Jadi Perempuan

Soalan:

Assalamualaikum utz
Nak tanya utz...la keluaq apps hok lelaki tukaq jd pompuan plk...apa hukum dia utz..walaupun suka2...tksh utz

Jawapan:

Nabi SAW sebut:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

Maksudnya: "termasuk dalam keelokan islam seseorang itu, apabila dia meninggalkan apa-apa perkara yang tiada erti buatnya."

Jika ada orang yang beranggapan apa salahnya nak bergurau. Maka jawabnya:

"inilah padahnya apabila semua perkara nak dijadikan gurauan. Solat dijadikan gurauan, tongkat khutbah nak dijadikan gurauan, mengata orang dijadikan gurauan, seolah-olah dengan alasan bergurau kita boleh lakukan apa sahaja termasuk menganggap biasa perkara yang dicela dan dilaknat oleh syara'."

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari sikap "lupa diri" dan melampau dalam perkara-perkara yang asalnya harus, sehingga terjebak ke dalam dosa dan maksiat.


Cetak  
Wallahu a'lam