Monday, June 9, 2008
Soalan:
Tak syak lagi orang yang menipu akan mendapat dosa. Perbuatannya sama seperti menolak al-Quran dan hadis yang melarang mencuri. Adakah disebabkan menolak al-Quran dan hadis yang menyatakan tidak boleh mencuri menyebabkannya menjadi murtad?
Jawapan:
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar kerana dosa yang dilakukannya. Kerana bukan semua yang melakukan dosa bertujuan mengingkari al-Quran, barangkali ada orang yang melakukan dosa disebabkan terpaksa atau seumpamanya, dalam keadaan dia mengakui dosa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan dan dosa yang diharamkan oleh Allah. Namun perlakuan dosa itu dilakukan atas beberapa sebab.
Mencuri, berbohong, zina dan seumpamanya, jika dilakukan dengan tujuan mengingkari al-Quran, atau menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah, atau mempermainkan hukum Allah adalah satu perbuatan murtad atau perbuatan yang menyebabkan sipelakunya terkeluar daripada Islam. Na’uzubillahi min zalik.
Umat islam tidak boleh boleh menghukum kafir kepada mana-mana pelaku dosa. Sebaliknya pelaku dosa tersebut perlu dinasihati, dan berusaha membantunya supaya dapat menjauhi perbuatan dosa tersebut.