Isti'azah iaitulah bacaan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم dibaca ketika hendak beribadat dengan membaca alQuran. Adapun jika membaca mana-mana ayat alQuran bukan dengan tujuan beribadat dengan bacaannya, sebaliknya bagi tujuan mendatangkan bukti atau berhujah dengan ayat alQuran, seperti khatib dan penceramah dalam khutbah dan ceramah mereka. Maka isti'azah tidak disunatkan lagi. Kata al-Imam alSuyuthi:
"dan yang jelas bagi ku dari sudut nukilan dan pendalilan bahawa seseorang berkata: "Firman Allah Taala, dan (terus) dia sebutkan ayat (alQuran) tanpa perlu al-Istiaazah (baca A'uzubillah). Maka inilah yang thabit pada hadis-hadis dan athar-athar dari perbuatan Rasulillah SAW, para sahabat, para tabi'ien dan generasi selepas mereka." (alHawi Li alFatawi)