SDI 1212: Hukum Sedekah Pahala Kepada Nabi SAW

Soalan: 

Ustaz, bolehkah bersedekah pahala al-fatihah kepada Nabi SAW:

Jawapan:

Persoalan ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Namun pandangan yang lebih jelas dan kuat ialah tidak disyariatkan bersedekah pahala kepada Nabi SAW. Hal ini bukan sekadar ia tidak pernah diajar oleh Nabi SAW bahkan ia bakal menimbulkan salah faham seolah-oleh baginda Nabi SAW mengharap dan berhajat kepada ibadah kita.

Sebenarnya Nabi SAW tidak berhajat kepada ibadah kita, bahkan baginda sememangnya memperolehi pahala dari semua amalan soleh yang dilakukan oleh umat Islam kerana bagindalah yang menyampaikan kebenaran kepada manusia. Kata al-Imam al-Nawawi RH: 

إهداؤه - أي ثواب قراءة القرآن - للنبي صلى الله عليه وسلم لم ينقل فيه أثر ممن يُعتد به، بل ينبغي أن يُمنع منه؛ لما فيه من التهجم عليه فيما لم يأذن فيه، مع أن ثواب التلاوة حاصل له بأصل شرعه صلى الله عليه وسلم، وجميع أعمال أمته في ميزانه، وقد أمرنا الله بالصلاة عليه، وحث صلى الله عليه وسلم على ذلك، وأمرنا بسؤال الوسيلة والسؤال بجاهه، فينبغي أن يتوقف على ذلك، مع أن هدية الأدنى للأعلى لا تكون إلا بالإذن

maksudnya:  "Menghadiahkan pahala bacaan al-QUran kepada Nabi SAW tidak pernah dinukilkan walau satu athar dari mereka yang dijadikan sandaran, bahkan semestinya perkara ini dihalang kerana ia mengandungi maksud menyerang (menghina) baginda yang tidak diizinkan, dalam masa yang sama pahala bacaan al-Quran (orang umat Islam) baginda memperolehinya berdasarkan asas yang telah ditetapkan di dalam syara' di mana seluruh amalan yang dilakukan oleh umat  baginda sememangnya dicatit juga dalam timbangan pahala baginda. Demikian juga ALlah  telah memerintahkan kita semua berselawat kepada baginda dan baginda juga menyuruh kita melakukannya.  memohon wasilah untuk baginda, demikian juga meminta kepada ALlah dengan perantaraan kemuliaan baginda. Maka hendahkan berpada dengan perkara-perkara ini sahaja. Hal ini kerana hadiah dari yang lebih rendah (umat Islam) kepada yang lebih tinggi dan mulian (Nabi SAW) tidak boleh dilakukan melainkan setelah mendapat keizinan." 

Kata Ibn Qadhi Syuhbah (W851H) RH: 

وهو المختار، والأدب مع الكبار من الأدب والدين، وأعمال الأمة من الواجبات والمندوبات في صحيفته صلى الله عليه وسلم

maksudnya: "Dan yang terpilih dan berdasarkan adab bersama pihak yang mulia berdasarkan ajaran adab dan agama  bahawa amalan umat Islam terdiri dari amalan wajib dan sunat semuanya secara terus tercatit di dalam lembaran pahala baginda SAW." 

al-Imam al-Syakhawi menukilkan dari gurunya al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani yang pernah ditanya berkaitan seorang yang membaca sesuatu ayat al-Quran kemudian berkata di dalam doanya: اللهم اجعل ثواب ما قرأته زيادة في شرف رسول الله صلى الله عليه وسلم maksudnya: "Ya Allah jadikanlah pahala apa-apa yang aku bacakan ini tambahan kemuliaan rasulillah SAW." Lalu Ibn Hajar al-'Asqalani RH menjawab: هذا مخترع من متأخري القراء، لا أعلم لهم سلفاً فيه maksudnya: "Perkara ini adalah rekaan dari orang-orang kemudian dari kalangan para qurra'. Tidak kami ketahui ada contoh terdahulu dalam hal ini." (Mawahib al-Jalil 2/545)

al-Khatib al-Syarbini RH pula berkata: 

منع الشيخ تاج الدين الفزاري منه، وعلله بأنه لا يتجرأ على الجناب الرفيع إلا بما أذن فيه، ولم يأذن إلا في الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم وسؤال الوسيلة

maksudnya:  "al-Syeikh Taj al-Din al-Fazari telah melarangnya dan menyatakan sebab larangan adalah kerana jangan bertindak melampau batas terhadap pihak yang memiliki ketinggian kedudukan melainkan dengan keizinannya, dan tiada keizinan melainkan ucapan selawat ke atas baginda SAW dan memohon wasilah untuk baginda." (Mughniy al-Muhtaj 4/111)  


Cetak  
Wallahu a'lam