Hukum Bergurau Di Dalam Islam
Ustaz Mohamad Abdul Kadir binSahak
Bahagian Buhuth & Istinbath
Jabatan Mufti Perlis
Para ulama berbeza pandangan berkaitan hukum asal gurauan. Sebahagian berpandangan ia suatu yang dianjurkan atau mandub dan sebahagian lagi berpandangan ia sekadar harus.
Pandangan yang mengatakan asal hukum bergurau adalah Mandub atau digalakkan meletakkan syarat selagi tidak melampau dan sehingga berpaling dari mengingati Allah. Demikian juga selagi tidak mendatangkan kemerbahayaan, berdendam, ghibah, namimah dan seumpamanya. Inilah salah satu pandangan al-Nawawi.
Dari sudut keumuman gurauan, ia terbahagi kepada dua:
Pertama: Gurauan yang dibenarkan
- Sekumpulan ulama berpandangan gurauan yang dibenarkan adalah suatu yang digalakkan atau sunat (المندوب).
Dengan syarat tidak secara melampau dan mengganggu kewajipan. Demikian juga tidak menimbulkan perasaan dendam, ghibah dan namimah. Inilah salah satu pandangan al-Imam al-Nawawi dan pandangan al-Ghizzi al-Syafi’e (W984H).
Kata al-Nawawi RH:
اعلم أنَّ المزَاح المنهيَّ عنه، هو الذي فيه إفراط ويُداوَم عليه، فإنَّه يُورث الضَّحك، وقسوة القلب، ويُشغل عن ذكر الله، والفِكْر في مهمَّات الدِّين، ويؤول في كثيرٍ من الأوقات إلى الإيذاء، ويُورث الأحقاد، ويُسقط المهابة والوَقار، فأمَّا ما سَلِم مِن هذه الأمور، فهو المباح الذي كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعله على النُّدرة؛ لمصلحة تَطْيِيب نفس المخَاطب ومؤانسته، وهو سنَّةٌ مستحبَّة
Maksudnya: “ketahuilah bahawa bergurau yang ditegah adalah yang melampau dan berlebih-lebihan dan dijadikan kebiasaan. Ia menatijahkan gelak-ketawa dan kekerasan hati demikian juga menyibukkan hati dari mengingati Allah dan dari memikirkan perkara-perkara penting agama, kebanyakannya berkesudahan mendatangkan mudharat dan menatijahkan rasa dendam, menghilangkan haibah dan waqar. Adapun gurauan yang bebas dari perkara-perkara ini adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah SAW secara sekali-sekala untuk maslahah tatyib jiwa mukhatab dan ia adalah sunnah lagi mustahabbah.”
Dalil:
Melalui pemerhatian kepada perkataan al-Imam al-Nawawi di atas dapat disimpulkan dalil kepada pandangan ini adalah perdasarkan al-Ma’qul, dalam dua bentuk:
- Bergurau memiliki maslahah. Di mana ia dapat mendatangkan kegembiraan kepada hati, dalam masa yang sama dapat menghilangkan kepenatan dan memberi kesegaran kepada jiwa.
- Bergurau dapat merealisasikan kelunakan dan kejinakan sesama saudara muslim dan rakan taulan
KOMEN TERHADAP PANDANGAN YANG MENGATAKAN BERGURAU ADALAH SUNAT ATAU DIGALAKAN
- Hukum sunat adalah hukum taklifi yang memerlukan dalil sahih lagi jelas. Namun dalil yang ada tidak jelas menunjukkannya sesuatu yang sunat[1], bahkan lebih kepada suatu yang diharus atau dibenarkan.
- Terdapat riwayat dari sebahagian salaf yang tidak bergurau. Ia menunjukkan mereka memahaminya bergurau adalah suatu yang harus sahaja. Boleh dipilih sama ada bergurau atau tidak.
- Untuk memperolehi kelunakan hati dan bergembira tidak semestinya dengan bergurau itu sunat. Bahkah kedua-duanya juga boleh diperolehi dengan mengatakan bergurau itu adalah suatu yang harus.
- Sekumpulan ulama berpandangan gurauan yang dibenarkan adalah harus (المباح). Inilah pandangan majoriti dan juga salah satu pandangan al-Imam al-Nawawi RH. Di mana asal hukum bergurau adalah suatu yang harus bukan sunat. Keharusan ini jika ia bebas dari perkara-perkara yang ditegah di dalam syara’ seperti tidak berbohong, tidak mengeliuarkan kata-kata keji dan tidak dijadikan kebiasaan.
DALIL:
- Firman Allah SWT:
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ ٤٣
Maksudnya: “dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (al-Najm: 43)
al-Imam al-Bukhari meletakkan salah satu bab sebagai: باب التبسم والضحك seterusnya beliau berkata:
قال ابن عباس رضي الله عنه: إن الله هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ
Yang bermaksud: “Kata Ibn ‘Abbas RA: sesungguhnya Allah yang menjadikan seseorang tertawa dan menangis.”
Setelah itu al-Bukhari menyertakan beberapa hadis, antaranya:
أن النبي صلى الله عليه وسلم تبسم وضحك
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW senyum dan ketawa.”[2]
Ayat ini menunjukkan pada asalnya bergurau itu adalah suatu yang diharuskan sama seperti ketawa. Hal ini kerana bergurau pada kebiasaannya akan disertai ketawa. Tiada di kalangan ulama yang mengatakan ketawa itu jika memenuhi syaratnya menjadikannya wajib atau sunat. Sebaliknya kesemua mereka menyatakan ketawa hukumnya sunat semata-mata.
- Hadis Anas bin Malik RA:
أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، احملني على بعير، فقال: إنا حاملوك على ولد الناقة، قال: وما أصنع بولد الناقة؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم وهل تلد الإبل إلا النوق؟
Maksudnya: “bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkat: “Ya Rasulullah, bawakan daku menaiki unta.” Sabda baginda: “pasti kami akan bawakan kamu menaiki anak unta.” Kata lelaki itu: “Apa aku boleh buat dengan seekor anak unta?” Jawab baginda: “Bukankah tidak melahirkan unta melainkan unta betina? – maknanya semua unta adalah anak kepada unta betina -”[3]
- Hadis Abu Hurairah RA yang berkata; Para sahabat bertanya:
يا رسول الله إنك تداعبنا قال: إني لا أقوال إلا حقاً
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, dikau bergurau dengan kami?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya aku tidak bercakap melainkan kebenaran.” (al-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi. Kata al-Tirmizi: “Hasan Sahih.” Dinilai Hasan juga oleh al-Baghawi di dalam Syarh al-Sunnah dan Sahih oleh al-ALbani di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi.)
- Hadis Anas RA di mana Nabi SAW kadang-kala memanggil beliau dengan berkata:
يا ذا الأُذُنَيْنِ
Maksudnya: “Wahai yang memiliki dua telinga.” Kata salah seorang rawi hadis ini: “Baginda bergurau dengan Anas.” (al-Tirmizi. Al-ALbani menilainya sebagai Sahih di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi)
- Hadis ‘Auf bin Malik al-Asyja‘ie RA yang bergurau dengan Rasulullah SAW. beliau bercerita:
“Aku pernah datang bertemu Rasulullah SAW dalam peristiwa peperangan Tabuk. Baginda ketika itu berada di dalam kubah yang dibuat dari kulit (قبة من أُدُم). Apabila aku memberi salam, baginda menjawabnya dan berkata: “Masuklah!” Aku bertanya (dengan bergurau): “aku masuk keseluruhan diriku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Keseluruhanmu.” Lalu akupun masuk.” (Abu Daud dan dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)
Para sahabat juga bergurau, buktinya:
- Kata Bakr bin Abdullah al-Muzani:
كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَبَادَحُونَ بِالْبِطِّيخِ، فَإِذَا كَانَتِ الْحَقَائِقُ كَانُوا هُمُ الرِّجَالَ
“Dahulunya para sahabat Nabi SAW saling berbaling kulit bittikh (bergurau). Ketika dalam perkara sebenar, merekalah orang-orang lelaki.” (al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Dinilai Sahih oleh al-ALbani)
- Kata Ibn ‘Abbas RA:
المزاح بما يَحْسُنُ مباح، وقد مزح النبي صلى الله عليه وسلم فلم يقل إلا حقا
“Bergurau dengan apa-apa yang baik adalah harus. Sesungguhnya Nabi SAW pernah bergurau dan baginda tidak akan berkata-kata melainkan kebenaran belaka.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/222)
Kesimpulannya, dalil-dalil di atas menguatkan hukul asal bergurau adalah harus bukan sunat. Pemahaman ini dikuatkan dengan beberapa perkataan ulama antaranya:
- Kata al-Birkiwi (البركوي) W981H:
شرط جواز المزاح قولا وفعلا أن لا يكون فيه كذب
Maksudnya: “Syarat diharuskan bergurau sama ada secara perkataan atau perbuatan ialah tidak berdusta.” (al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 43/37)
- Kata al-Qastallani RH:
“Bergurau adalah harus jika bebas dari melampau dan sehingga berpaling dari mengingati Allah.”[4]
Demikian juga berdasarkan riwayat al-Khallal daripada al-Imam Ahmad dan sekumpulan salaf yang saling bergurau sesama mereka pada beberapa kesempatan.[5]
Namun tidak dinafikan, perkara harus boleh menjadi sunat seperti yang disebut oleh al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani RH:
من أن المزاح إن صادف مصلحة مثل تطييب نفس المخاطب ومؤانسته فهو مستحب
Maksudnya: “Sebahagian gurauan itu jika bertepatan dengan maslahah seperti melunak dan menjinakkan hati mukhatab adalah digalakkan.” (Fath al-Bari 1/527)
Demikian juga berdasarkan hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan Nabi SAW berjumpa dengan Abu Talhah dan baginda mendapati salah seorang anak Abu Talhah yang digelar Abu ‘Umair dalam keadaan sedih. Lalu baginda bertanyakan sebabnya dengan berkata: ما لي أرى أبا عمير حزينا. Diberitahukan kepada baginda bahawa: مات نُغَرُه الذي يلعب به. Baginda bergurau dengan bersabda: “أبا عمير، ما فعل النغير؟” (Asas hadis ada di dalam al-Bukhari dan Muslim)
DHAWABIT BERGURAU YANG DIBENARKAN
Beberapa ulama telah meletakkan dawabith bagi bergurau yang dibenarkan, iaitulah:
- Tidak berlaku sebarang unsur mempermain-mainkan agama. Bahkan ia boleh menjadi sebab terkeluar dari agama atau murtad. Allah SWT berfirman:
وَلَئِن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ ٦٥ لَا تَعۡتَذِرُواْ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡۚ
Maksudnya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.” (al-Taubah: 65-66)
- Tiada sebarang unsur memperlekeh dan merendahkan orang lain yang termasuk dalam kumpulan dosa besar. Allah SWT berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ١١
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat: 11)
- Bebas dari pembohongan. Nabi SAW bersabda:
ويلٌ للذي يحدِّث فيكذب ليضحك به القوم، ويلٌ له، ويلٌ له
Maksudnya: “Kecelakaan kepada orang yang berbicara, lalu dia berbohong untuk mentertawakan orang ramai. Kecelakaan kepadanya, kecelakaan kepadanya.” (HR Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad, al-Darimi, al-Nasa’e di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabarani dan al-Hakim. Dinilai Hasan oleh al-Tirmizi dan al-ALbani di dalam Sahih Sunan Abi Daud.)
- Gurauan tidak mendatangkan mudharat kepada pihak lain. Demikian juga tidak boleh bergurau dalam bentuk mendatangkan ketakutan kepada pihak lain. Tegahan ini dapat dibuktikan dengan larangan Nabi SAW melakukan tarwi’. Daripada ‘Abdul Rahman bin Abi Laila, Nabi SAW bersabda:
حدثنا أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنهم كانوا يسيرون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في مسير فنام رجل منهم فانطلق بعضهم إلى نَبْلٍ معه، فأخذها، فلما استيقظ الرجل فزع فضحك القوم فقال: ما يضحككم؟ فقالوا: لا إلا أنَّا أخذنا نبل هذا ففزع، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يحل لمسلم أن يروع مسلمًا
Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka pernah bermusafir bersama dengan baginda. Ketika seorang lelaki tidur, sebahagian mereka pergi mengambil tali yang ada bersama dengannya. Apabila lelaki itu terjaga dari tidur, dia terkejut (kerana kehilangan tali tersebut), lalu orang amai ketawa melihatnya. Sabda Nabi SAW: “Apa yang menyebabkan mereka semua tertawa?” para sahabat menjawab: “Tiada apa wahai Rasulullah, Cuma kami mengambil tali miliknya sehingga dia terkejut kebimbangan.” Sabda Rasulullah SAW: “tidak dihalalkan kepada seorang muslim perbuatan menakutkan seorang muslim yang lain.” (Abu Daud dan Ahmad. Kata al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar: “Isnadnya tidak mengapa.” Dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)
Demikian juga berdasarkan hadis:
مَنْ أَخَافَ مُؤْمِنًا بِغَيْرِ حَقٍّ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ لَا يُؤَمِّنَهُ مِنْ أَفْزَاعِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang menakutkan seorang yang beriman tanpa alasan yang benar. Maka dia berhak dikenakan hukuman dari Allah dengan tidak memberikan keamanan kepadanya dari ketakutan-ketakutan pada hari kiamat.” (al-Mu’jam al-Awsath 3/24 oleh al-Tabarani. Kata beliau: “tidak meriwayatkan hadis ini daripada Salamah melainkan Muhammad.” Kata al-Haithami RH di dalam Majma’ al-Zawa’id 6/254: “Diriwayatkan oleh alTabarani di dalam al-Awsath dan di dalamnya ada Muhammad bin Hafs al-Wisabi dan dia seorang dhoief”)
Dalam riwayat lain dinyatakan:
مَنْ نَظَرَ إِلَى مُسْلِمٍ نَظْرَةً يُخِيفُهُ فِيهَا بِغَيْرِ حَقٍّ ، أَخَافَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “sesiapa yang memandang kepada seoram muslim dengan pandangan yang menakutkannya tanpa alasan yang benar. Allah akan menakutkannya pada hari kiamat.” (Majma’ al-Zawa’id 6/253. Selepas menyertakan hadis ini al-Haithami berkata: “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada syeikhnya Ahmad bin Abd al-Rahman bin ‘Iqal, ia dinilai lemah oleh Abu ‘Arubah)
Sekalipun kedua-dua hadis ini lemah. Namun asas larangan mendatangkan ketakutan kepada saudara semuslim dinyatakan di dalam hadis-hadis sahih yang lain.
- Tidak menjadikan gurauan sebagai kebiasaan. Hal ini kerana gurauan yang dijadikan kebiasaan menghilangkan haibah dan boleh mendatangkan penghinaan kepada dirinya. Kata al-Imam al-Ghazali RH:
ومن الغلط العظيم أن يتخذ الإنسان المزاح حِرفة يواظب عليه ويفرط فيه
Maksudnya: “termasuk dalam kesilapan besar apabila seseorang menjadikan gurauan itu sebagai kerjaya, dilazimi dan melampau.”[6]
- Bergurau dengan menjaga maruah individu dan tidak menimbulkan perasaan dendam. Nabi SAW bersabda:
لا تُمارِ أخاكَ، ولا تُمازِحْهُ، ولا تَعِدْهُ مَوعِدًا فَتُخْلِفَه
Maksudnya: “Jangan kamu bertengkar dengan saudaramu (semuslim) dan jangan kamu bergurau dengan saudara kamu sehingga menyakitinya…”[7]
- Tidak berlaku maksiat ketika bergurau dan menjauhi fitnah.
- Memilih bahasa dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang kotor dan lucah. Demikian juga menjauhi perbuatan yang merendahkan kemuliaan seorang insan.
- Memilih waktu yang sesuai untuk bergurau.
- Tidak menyalahi matlamat yang dikehendaki dari keharusan bergurau. Antara matlamat tersebut iaitulah:
- Mengeratkan hubungan sesama individu masyarakat dengan perkara yang menghasilkan rasa keakraban dan kejinakan. Kata al-Mawardi:
فالعاقل يتوخى إيناس المصاحبين، والتودد إلى المخالطين بالقول الحسن أوبالفعل
Maksudnya: “Seorang yang berakal akan mengharapkan dapat menjinakkan rakan-rakan dan orang-orang yang bergaul bersamanya dengan perkataan dan perbuatan yang baik.”[8]
- Mengembalikan kecerdasan fikiran dan menghilangkan rasa jemu dan lelah. Kata ‘Ali bin Abi Talib RA:
أجِمُّوا هذه القلوب، فإنها تمُلُّ كما تَمُلّ الأبدان
Maksudnya: “Rehatkan hati-hati ini, kerana sesungguhnya hati itu boleh jemu sepertimana jemunya tubuh-badan.” (Kasyf al-Khafa’ 1/435)
Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Hanzhalah:
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَعَظَنَا فَذَكَّرَ النَّارَ قَالَ ثُمَّ جِئْتُ إِلَى الْبَيْتِ فَضَاحَكْتُ الصِّبْيَانَ وَلَاعَبْتُ الْمَرْأَةَ، قَالَ: فَخَرَجْتُ فَلَقِيتُ أَبَا بَكْرٍ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ وَأَنَا قَدْ فَعَلْتُ مِثْلَ مَا تَذْكُرُ، فَلَقِينَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ نَافَقَ حَنْظَلَةُ، فَقَالَ: مَهْ فَحَدَّثْتُهُ بِالْحَدِيثِ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَأَنَا قَدْ فَعَلْتُ مِثْلَ مَا فَعَلَ فَقَالَ: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ
Maksudnya: “Kami dahulu bersama Rasulullah SAW. baginda memberi mauizah kepada kami, mengingatkan kami kepada neraka. Kemudian kami pulang ke rumah, bergelak-ketawa bersama anak-anak dan bergurau dengan isteri. Apabila meninggalkan rumah, aku berjumpa dengan Abu Bakar dan aku memberitahu kepada beliau apa yang aku alami dan rasakan. Jawab Abu Bakar: “Aku juga telah melakukan sama seperti yang kamu nyatakan.” Lalu Kami pergi berjumpa Nabi SAW dan aku berkata: “Wahai Rasulullah, Hanzalah ini seorang munafik.” Jawab baginda: “bagaimana itu?” lalu aku menceritakan perkara tersebut. berkata ABu Bakar: “Daku juga melakukan perkara yang sama seperti yang diceritakan oleh Hanzalah (wahai Rasulullah).” Sabda Nabi SAW: “Wahai Hanzalah, ada masa (begini) dan ada masa lain (begitu). Kalaulah hati kamu sentiasa sama sepertimana ketika berada bersama ku (mendengar peringatan akhirat), pasti para malaikat akan bersalaman dengan mu sehingga sampai memberi salam kepada kamu di jalanan.”
Kata al-Mubarakfuri: “Perkataan Nabi SAW: “Akan tetapi wahai Hanzhalah, sa‘atan, sa‘atan” bermaksud: ada ketika demikian dan pada ketika lain demikian..”
- Salah satu bentuk mencerdaskan minda dan fikiran. Hal ini sepertimana gurauan Nabi SAW dengan seorang wanita berusia yang berkata kepada baginda: يا رسول الله، أدع الله أن يدخلني الجنة. Jawab Nabi SAW: يا أم فلان، إن الجنة لا تدخلها عجوز lalu wanita berusia yang rajin membaca al-Quran itu berkata: وما لهن؟ Jawab Nabi SAW: أما تقرئين القرآن: إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ (al-Waqi‘ah: 35-37. Hadis ini dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, hadis bil.: 1520)
- Menyebarkan senyum dan kegembiraan kepada orang ramai. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Jarir bin Abdilllah al-Bajali berkata;
ما حَجَبَنِي النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مُنْذُ أسْلَمْتُ، ولَا رَآنِي إلَّا تَبَسَّمَ في وجْهِي
Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah menghalang aku menyertai baginda sejak aku memeluk Islam dan baginda tidak pernah melihat aku, melainkan dalam keadaan wajah baginda tersenyum.” (al-Bukhari)
Contoh Gurauan Nabi SAW Dan Para Sahabat
- Nabi SAW memberi gelaran Abu Turab kepada ‘Ali bin Abi Talib RA, berdasarkan hadis daripada Sahl bin Sa‘ad RA yang berkata:
“Nama yang paling disukai oleh oleh Ali RA adalah Abu Turab. Beliau gembira dipanggil dengan gelaran tersebut. Tiada yang menggelarkan beliau sebagai Abu Turab melainkan Nabi SAW. Hal ini kerana suatu hari beliau marah kepada Fatimah RA, lalu beliau keluar dari rumah dan berbaring di dalam masjid. Baginda SAW datang kepadanya dalam keadaan belakangnya dipenuhi tanah, lalu baginda menyapu tanah yang berada di belakangnya dan bersabda: “Duduk wahai Abu Turab.” (al-Bukhari dan Muslim)
Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan baginda SAW bergurau dengan Ali dengan memberikan kuniah kepadanya sebagai Abu Turab sempena keadaanmya ketika itu.
- Gurauan Nabi SAW dengan kanak-kanak berdasarkan hadis Ummu Khalid binti Khalid bin Sa‘ied yang berkata:
“Aku datang kepada Nabi SAW bersama bapaku, dan ketika itu aku memakai baju bewarna kuning. Sabda Nabi SAW: سَنَهْ، سَنَهْ (حسنة، حسنة). Kata Ummu Khalid: “aku bermain dengan خاتَم النبوة, lalu aku ditegah oleh bapaku. Nabi SAW bersabda: “Biarkan dia.” Dan baginda bersabda: “أَبْلِي وأَخْلِقي” 3x (semoga kamu terus panjang usia sehingga baju ini lusuh dan koyak)…” kerana bergurau dengan Ummi Khalid yang ketika itu masih seorang kanak-kanak.
Al-Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah tajuk: بَاب مَنْ تَرَكَ صَبِيَّةَ غَيْرِهِ حَتَّى تَلْعَبَ بِهِ أَوْ قَبَّلَهَا أَوْ مَازَحَهَا
- Gurauan Nabi SAW dengan seorang lelaki menggunakan kayu berdasarkan hadis Usaid bin Hudhair RA yang berkata:
“Ada seorang lelaki dari kalangan Ansar yang suka bergurau atau berjenaka. Ketika mana dia sedang berbicara dengan orang ramai dan menjadikan mereka semua ketawa, tiba-tiba Nabi SAW mencucuknya dengan kayu di tangan baginda. Lalu lelaki itu berkata: أصْبِرْنِيْ يا رسول الله (iaitu: beri peluang daku membalasnya). Baginda menjawab: اصْطَبر. Kata lelaki itu: “Kamu ada pakaian. Sedangkan tadi tusukan mu kena pada bahagian badan ku yang tidak berpakaian.” Lalu Rasulullah SAW mengangkat baju baginda. Dengan segera lelaki itu memeluknya dan mencium rusuk baginda seraya berkata: "hanya ini yang hendak aku lakukan wahai Rasulullah." (Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim, beliau berkata: “Sahih al-Isnad, namun kedua-dua mereka tidak meriwayatkannya.” Al-ALbani juga menilai hadis ini sebagai Sahih di dalam Sahih Abi Daud)
- Melumur Muka Saudah Dengan Makanan berdasarkan hadis ‘Aisyah RA yang berkata:
أتيت النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بخزيرةٍ قد طبختُها له، فقلت لسودةَ- والنبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بيني وبينها- كُلي، فأَبَت، فقلتُ: لتأكُلنَّ أو لألطِّخَنَّ وَجهَك، فأبت: فوضعتُ يدي في الخزيرةِ فطَليتُ وَجهَها، فضَحِكَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فوضع بيَدِه وقال لها: الطخي وجهَها، فضَحِك النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم لها، فمَرَّ عُمَرُ فقال: يا عبد اللهِ يا عبد اللهِ، فظنَّ أنه سيدخلُ فقال: قوما فاغسِلا وجوهَكما، قالت عائشةُ: فما زِلتُ أهاب عُمَرَ لِهَيبةِ رَسولِ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
Maksudnya: “Aku bawakan kepada Nabi SAW khazirah yang telah aku masakkan untuk baginda. Aku berkata kepada Saudah - dan Nabi SAW berada di antara aku dan Saudah - : “Makanlah!” namun Saudah enggan. Lalu aku berkata: “kamu mesti makan atau aku akan tempelkannya ke muka kamu.” Namun Saudah tetap enggan. Lalu aku meletakkan tangan ku ke khazirah tersebut dan melumurkannya ke muka Saudah, menjadikan Nabi SAW ketawa dan baginda meletakkan tangan baginda dan berkata: “lumurkan lagi ke mukanya.” Nabi SAW ketawa melihat Saudah…” (Abu Ya’la. Al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawa’id berkata: “Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan para periwayatnya, para periwayat al-Sahih melainkan Muhammad bin ‘Amr bin ‘Alqamah, dan hadisnya hasan.” Al-‘Iraqi di dalam Takhrij al-Ihya berkata: “ia diriwayatkan oleh al-Zubair bin Bakkar di dalam kitab al-Fakahah wa al-Mizah dan Abu Ya’la dengan isnad jayyid.” Isnadnya juga diinilai sebagai hasan oleh al-ALbani di dalam al-SIlsilah)
Kedua: Gurauan yang ditegah.
Gurauan yang ditegah terbahagi kepada dua.
- Haram, antaranya:
- Melakukan pendustaan untuk mentertawakan orang ramai.
- Mendatangkan ketakutan dan menyakiti orang lain.
- Mengandungi perlanggaran hak Allah.
- Mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, orang lain dan masyarakat.
Antara yang boleh dijadikan dalil perkara ini ialah:
- Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ١١ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Hujurat: 11-12)
- Hadis Ibn ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda:
لا تُمارِ أخاكَ، ولا تُمازِحْهُ، ولا تَعِدْهُ مَوعِدًا فَتُخْلِفَه
Maksudnya: “Jangan kamu bertengkar dengan saudaramu (semuslim) dan jangan kamu bergurau dengan saudara kamu sehingga menyakitinya.”
Yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah gurauan yang boleh membawa kepada keburukan, gurauan yang membawa kepada pertelingkahan yang membuahkan rasa dendam dan menjauhkan orang ramai dari mengingati ALlah.
- Hadis Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
من أشار إلى أخيه بحديدة فإن الملائكة تلعنه، وإن كان أخاه لأبيه وأمه
Maksudnya: “Sesiapa yang menghulurkan pedang kepada saudara semuslimnya. Maka sesungguhnya para malaikat akan melaknatnya, sekalipun kepada saudara kandungnya.” (Muslim)
- Hadis ‘Amir bin Rabi‘ah RA menyatakan:
أن رجلا أخذ نعل رجل فغيبها وهو يمزح، فذكر ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال النبي صلى الله عليه وسلم ((لا تروعوا المسلم فإن روعة المسلم ظلم عظيم))
Maksudnya: “Bahawa seorang lelaki mengambil selipar lelaki lain dan menyembunyikannya kerana bergurau. Diceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “Jangan menjadikan saudara semuslim kamu dalam keadaan terkejut. Kerana sesungguhnya menjadikan seorang muslim terkejut adalah satu kezaliman yang besar.” (al-Bazzar di dalam Musnadnya)
- Hadis Abdul Rahman bin Abi Laila:
حدثنا أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنهم كانوا يسيرون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في مسير فنام رجل منهم فانطلق بعضهم إلى نَبْلٍ معه، فأخذها، فلما استيقظ الرجل فزع فضحك القوم فقال: ما يضحككم؟ فقالوا: لا إلا أنَّا أخذنا نبل هذا ففزع، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يحل لمسلم أن يروع مسلمًا
Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka pernah bermusafir bersama dengan baginda. Ketika seorang lelaki tidur, sebahagian mereka pergi mengambil tali yang ada bersama dengannya. Apabila lelaki itu terjaga dari tidur, dia terkejut (kerana kehilangan tali tersebut), lalu orang amai ketawa melihatnya. Sabda Nabi SAW: “Apa yang menyebabkan mereka semua tertawa?” para sahabat menjawab: “Tiada apa wahai Rasulullah, Cuma kami mengambil tali miliknya sehingga dia terkejut kebimbangan.” Sabda Rasulullah SAW: “tidak dihalalkan kepada seorang muslim perbuatan menakutkan seorang muslim yang lain.” (Abu Daud dan Ahmad. Kata al-Syaukani di dalam Nail al-Awthar: “Isnadnya tidak mengapa.” Dinilai sebagai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)
- Hadis Abdullah bin Sa’ib, daripada Yazid daripada bapanya danpada datuknya. Nabi SAW bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya: “Jangan seseorang daripada kamu mengambil barangan saudaranya secara bergurau mahupun bersungguh.” (Abu Daud dan al-Tirmizi dan katanya: “Hasan Gharib.”)
Dalil-dalil ini menunjukkan gurauan yang diharamkan itu apabila terdapat pendustaan, kezaliman, menyakiti manusia, melanggar hak Allah dan manusia. Ia merangkumi lukisan kartun, karikatur demikian juga lakonan komidi.
- Makruh, antaranya
- Berlebih-lebihan atau gurauan yang melampau. Perkara ini ditegah kerana ia akan menjadikan seseorang banyak tertawa yang seterusnya akan mematikan hati dan menjadikan seseorang lupa dan lalai dari mengingati Allah dan hari akhirat. Ia juga akan menjatuhkan harga diri seseorang. Demikian juga boleh membawa kepada perbalahan. Kata al-Imam al-Nawawi RH:
اعلم أنَّ المزَاح المنهيَّ عنه، هو الذي فيه إفراط ويُداوَم عليه، فإنَّه يُورث الضَّحك، وقسوة القلب، ويُشغل عن ذكر الله، والفِكْر في مهمَّات الدِّين، ويؤول في كثيرٍ من الأوقات إلى الإيذاء، ويُورث الأحقاد، ويُسقط المهابة والوَقار، فأمَّا ما سَلِم مِن هذه الأمور، فهو المباح الذي كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعله على النُّدرة؛ لمصلحة تَطْيِيب نفس المخَاطب ومؤانسته، وهو سنَّةٌ مستحبَّة
Maksudnya: “” (melalui mirqah al-Mafatih oleh Mula ‘Ali al-Qari)
- Bergurau dengan pihak yang tidak dapat menerima gurauan.
- Bergurau dengan pihak yang memiliki kelebihan di hadapan orang ramai.
- Menggunakan perkataan yang tidak elok didengar.
- Dijadikan sebagai kerjaya.
Antara dalil dalam perkara ini:
- Firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ٣
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.” (al-Mukminun: 3)
وَٱلَّذِينَ لَا يَشۡهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّواْ بِٱللَّغۡوِ مَرُّواْ كِرَامٗا ٧٢
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (al-Furqan: 72)
- Hadis Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
مَن كانَ يُؤْمِنُ باللَّهِ والْيَومِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أوْ لِيصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia bercakap perkara yang baik ataupun dia senyap.” (al-BUkhari dan Muslim)
- Hadis Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
إياكم وكثرة الضحك، فإنها تميت القلب
Maksudnya: “Jauhi kamu semua dari banyak ketawa, kerana sesungguhnya ia mematikan hati.”
Di sisi Ibn Majah: أَقِلَّ الضحك، فإن كثرة الضحك تميت القلب (Kata pentahkih Sunan Ibn Majah: “Isnadnya Hasan”)
Kesan Gurauan Terhadap Beberapa Hukum-Hakam Fekah
- Gurauan memberi kesan dalam pernikahan, penceraian dan rujuk. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
ثلاث جِدهن جد، وهزلُهن جد، النكاح والطلاق والرجعة. قال الترمذي: والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم
Maksudnya: “Tiga perkara apabila bersangguh ia merupakan satu kesungguhan dan apabila bergurau ia tetap merupakan satu kesungguhan: pernikahan, perceraian dan rujuk.” (Abu Daud, al-Tirmizi dan beliau berkata: “Hadis Hasan Gharib.”)
Kata al-Imam alTirmizi: “Inilah amalan para ulama dari kalangan sahabat Nabi SAW dan selain mereka.” (Sunan al-Tirmizi 6/235)
Kata al-Syukani: “Hadis ini menunjukkan sesiapa yang melafazkan secara bergurau lafaz pernikahan atau penceraian atau rujuk, maka ia berlaku dan terlaksana (sekalipun gurauan).” (al-Nail 6/235) Ibn al-Munzir pula mendakwa ijmak telah berlaku dalam permasalahan ini.[9]
- Majoriti ulama berpandangan gurauan dalam ‘Uqud Maliyyah dan seumpamanya terlaksana secara ijmal pada zahir dan batin (قضاء وديانة),[10] termasuklah jual-beli, al-Iqrar, al-Syuf‘ah, wasiat dan lain-lain.
- Mendakwa bergurau dalam akad jual beli dan hibah.
Ulama mazhab Maliki berpandangan jika seseorang penjual berkata: “aku jual barangku ini kepadamu dengan harga sedemikian (أبيعك سلعتي بكذا).” Lalu pembeli memberi jawapan yang membawa maksud redha. Tiba-tiba penjual berkata: “Aku sebenarnya tidak mahu menjualnya, sebaliknya hendak menguji harganya.” Atau penjual berkata: “Aku bergurau sahaja.” Atau seumpamanya. hendaklah dia bersumpah yang dia memaksudkan hendak menguji harga dan bergurau. Jika dia bersumpah maka tidak semestinya terlaksana jual-beli. Jika dia enggan bersumpah maka jual-beli itu terlaksana.
Jika dia menggunakan sighah madhi dengan berkata: بعتكها بكذا dan dipersetujui oleh pembeli. Setelah itu penjual mendakwa dia tidak hanya bergurau atau seumpamanya. Penafiannya ini tidak bermanfaat lagi. Akan tersebut terlaksana.
Demikian juga terlaksana hibah di sisi sebahagian ulama Hanafi sekalipun dengan bergurau dan berlaku perpindahan pemilikan.[11]
----------------------------------
[1] أن أحكام الشرع التكليفية الخمسة، لا يثبت شيء منها إلا بدليل، فما لا دليل عليه لا يلتفت إليه
[2] Sahih al-Bukhari bersama Fath al-Bari 10/505
[3] Musnad Ahmad 3/267, Sunan al-Tirmizi 4/314 dan berkata: Hadis ini Hasan Sahih Gharib. Sunan Abi Daud 4/300. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud 3/208
[4] Al-Mawahib al-Laduniyyah 2/352
[5] Al-Adab al-Syar‘iyyah 2/212
[6] Ihya’ Ulum al-Din 2/193. Perkara yang sama dinyatakan juga oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani RH
[7] أي مزاحا يفضي إلى إيذائه من هتك العرض ونحوه (تحفة الأحوذي - كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم - باب ما جاء في المراء)
[8] Adab al-Dunya wa al-Din, hal.: 299
[9] Al-Mizah fi al-Islam oleh Dr. Hasan ‘Abdul Ghaniy Abu Ghuddah, Kuliah Tarbiyyah Uni. Al-Malik Su‘ud Riyadh
[10] Ibid.
[11] Al-Mizah fi al-Islam, hal.:94