Soalan:
Ada org kata bila nak ucap tahniah kpd seseorg bukan sebut "mabruk" tapi sebenarnya "mubarak". Ada yg kata mabruk itu utk unta sahaja. Betulkah ustaz?
Jawapan:
Ucapan yang sebenar lagi betul dari sudut kaedah bahasa ialah MUBARAK مبارك. Ia isim maf'ul dari fi'il ruba'ie BAARAKA بارك. Manakala untuk unta, orang Arab sebut BARAKA AL-BA'IERU برك البعير bermaksud: "Unta itu telah duduk (menempelkan dadanya ke bumi)". Namun برك adalah fi'il lazim yang tidak boleh perbuatannya melangkau kepada maf'ul dengan sendirinya melainkan memerlukan huruf "Jarr".
Oleh itu ucapan "Mabruk" tidak tepat untuk dikatakan merujuk kepada maksud unta duduk di atas orang yang diberikan ucapan yang sebenarnya membawa maksud buruk, sebabnya:
1) Ia tidak memenuhi kaedah bahasa untuk dikatakan sedemikian.
2) Si pengucap tidak memaksudkan sedemikian.
Oleh yang demikian, ucapan Mabruk termasuk dalam ucapan kebiasaan (uruf) yang boleh diterima, ia bermaksud mengharapkan keberkatan.