SDI 0744: Tentang Duduk Qurfusaa'

 
Soalan: 
 
Mohon penjelasan ustaz ttg duduk qurfusa' spt yg dinyatakan di dlm poster di bawah.
 
 
 
Jawapan:
 
Ya, seperti maklumat yang ada di dalam poster. Tambahan dari saya;
 
Terdapat 2 cara duduk alQurfusaa' seperti yang disebut oleh para ulama:
 
Pertama:
 
أن يجلس على مقعدته ناصبا رجليه، ويضم فخذيه إلى بطنه، ولكن يحتبي بيديه، أي يجعلهما حول ساقيه، قابضهما ببعضهما
 
Iaitulah: Duduk di atas punggung dalam keadaan ditegakkan dua kaki dengan digabungkan dua peha ke perut, dia ihtibaa' (duduk dalam keadaan menggabungkan sebahagian anggota badan dengan sebahagian anggota badan yang lain) dengan dipeluk dua tangan akan dua betisnya. Seperti yang ditunjukkan dalam poster di atas.
 
Kedua:
أن يجلس على رجليه، ويجمع ركبتيه، ويضم بطنه إلى فخذيه واضعا يديه تحت إبطيه
 
Iaitulah: Duduk di atas dua kaki (seperti bertenggung), dihimpunkan dua lututnya, digabung perutnya kepada dua pehanya, diletakkan dua tangannya ke bawah dua ketiaknya. (Imtaa' alAsmaa)
 
Cuma terdapat larangan dari Nabi SAW duduk qurfusaa' ketika imam berkhutbah kerana boleh menyebabkan tertidur atau bimbang tersingkap aurat. Jika tiada kebimbangan ini, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Cetak  
Wallahu a'lam