Contoh Munafiq Amali, Seleweng Fakta Ketika Berdebat

Ada satu lagi, munafik amali, iaitulah orang Islam yang masih ada padanya beberapa sifat munafik, seperti bila bercakap dia berbohong, bila diberi amanah dia khianati, bila berkelahi dia nak menang, إذا خاصم فجر "bila bertengkar dia sehingga buat dosa." Dia tak fikir dah, dia kira nak menang sahaja. sehingga dia melakukan dosa. Itu sifat munafik.

Perkara ini ada pada orang sekarang, terutamanya pada zaman sekarang, ketika ada kecenderungan untuk popularkan debat. Satu sudut debat itu ada kebaikan jika dipenuhi dengan adab-adab yang agama anjurkan, kerana tujuan debat iaitulah untuk menegakkan kebenaran.

Tetapi tuan-tuan ada sebahagian pihak, dia berdebat, apapun dia nak menang. Sehingga dia sanggup buat tipu-helah, dia akan usaha untuk membuktikan pihak lawan tak betul dengan buat muslihat. Orang yang buat begini, ketika dia buat itu فيه نفاق pada diri orang itu ada sifat munafik, pada dia ada sifat nifaq. Kita tak boleh tuduh orang yang buat itu munafik, tetapi perangai dia pada ketika itu ada perangai munafik. Sekurang-kurangnya orang itu berdosa. Jangan ada orang beranggapan dia pergi berdebat dia nak pertahankan pihak dia sehingga dia sanggup melakukan muslihat dan tipu daya, jangan dia rasa dia balik sebagai seorang hero. Tetapi sebenarnya dia balik dengan dosa, kerana bersifat dengan sifat nifaq dan munafik, bahkan termasuk di dalam dosa besar bukan dosa kecil.

Ini peringatakan kepada orang-orang yang nak menang di dalam debat. Kalau ternyata hasil kajian yang kita buat membuktikan pihak kita salah, maka jangan pergi berdebat. Kerana debat ini kalau tidak dikawal, dia akan melahirkan kemunafikan. Kerana itu para ulama salaf, tidak mengambil cakap seseorang ketika berdebat, kerana dia cenderong untuk berbohong. Tuan-tuan debat ini orang ramai tengak. Kalau sesiapa kalah dia akan malu, oleh itu dorongan untuk berbohong amat kuat. Kerana itu orang yang sanggup berdebat, kena ambil perhatian dalam perkara ini, berdebat bukan untuk menangkan kumpulan, tetapi untuk menzahirkan kebenaran.   


Cetak  
Wallahu a'lam