SDI 1439: Hukum Orang Perempuan Mencukur Bulu Misai, Betis dan Tangan

Monday, May 5, 2008

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Namsu (
النمص- mencabut bulu), bolehkah seorang perempuan membuang bulu misai, janggut, bulu peha dan bulu tangan? Memandangkan bulu tersebut jelas dan suaminya tidak menyukai bulu tersebut, apakah hukum perbuatannya.

Jawapan:

Majlis Fatwa Arab Saudi

al-Namsu (mencabut bulu) ialah mencabut bulu kening. Perbuatan ini tidak dibenarkan (oleh Syara’) kerana Nabi S.A.W. telah melaknat al-Namisah (النامصة) pencabut bulu kening dan al-Mutanammisah (الْمُتَنَمِّصَةُ) iaitu orang yang meminta dicabut bulu kening. Manakala orang perempuan harus mencabut/menghilangkan bulu misai, janggut, bulu kaki dan bulu tangan.

Fatwa Lujnah Daimah (5/195)


Cetak  
Wallahu a'lam