Soalan:
Assalamualaikkum ustaz betul ke ad dalil xbole sapu sampah waktu malam sahaja
Jawapan:
Wa‘alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh
Tiada dalil yang melarang menyapu sampah di waktu malam. Bahkan agama Islam menganjurkan menjaga kebersihan luar mahupun dalam rumah dan mengeluarkan sampah sarap dan kotoran dari dalam rumah. Islam juga tidak menetapkan waktu tertentu untuk melakukan kerja pembersihan dan kekemasan rumah. Ini menunjukkan aktiviti pembersihan dan kekemasan rumah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Nabi SAW memerintahkan umat Islam membersihkan halaman hadapan rumah, lebih-lebih lagi ruangan dalam rumah, baginda SAW bersabda:
طَهِّرُوا أَفْنِيَتَكُمْ، فَإِنَّ الْيَهُودَ لَا تُطَهِّرُ أَفْنِيَتَهَا
Maksudnya: “Bersihkan halaman hadapan pintu rumah kamu semua, sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman hadapan pintu rumah mereka.” (HR al-Tirmizi dan al-Tabarani. Kata al-Haithami: “Para rawinya adalah para rawi al-Sahih, melainkan Syeikh al-Tabari.”)