SDI 1769: Hukum Mencium Kaki Orang Alim

Soalan:

Benarkan ada sahabat yang mencium kaki Nabi SAW? Apakah boleh mencium kaki golongan tertentu?

Jawapan:

Ada dua hadis yang paling masyhur dijadikan sandaran dalam persoalan mencium kaki, dan satu peristiwa.

Hadis pertama, tentang dua lelaki Yahudi yang mencium kaki Nabi SAW.
Hadis kedua, tentang peristiwa rombongan Abdul Qais (
وفد عبد القيس) mencium kaki Nabi SAW. Manakala satu peristiwa yang dimaksudkan pula, ialah riwayat Imam Muslim mencium kaki Imam al-Bukhari – rahimahumallah. Di bawah ini saya sertakan dua hadis dan satu kisah tersebut beserta huraian daripada para ulama.

Hadis Pertama:

Daripada Safwan bin ‘Assal (صَفْوَان بْنِ عَسَّالٍ) RA, beliau berkata:

قَالَ يَهُودِيٌّ لِصَاحِبِهِ: اذْهَبْ بِنَا إِلَى هَذَا النَّبِيِّ، فَقَالَ صَاحِبُهُ: لَا تَقُلْ نَبِيٌّ، إِنَّهُ لَوْ سَمِعَكَ كَانَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَعْيُنٍ، فَأَتَيَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَاهُ عَنْ تِسْعِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَقَالَ لَهُمْ: لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا، وَلَا تَسْرِقُوا، وَلَا تَزْنُوا، وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، وَلَا تَمْشُوا بِبَرِيءٍ إِلَى ذِي سُلْطَانٍ لِيَقْتُلَهُ، وَلَا تَسْحَرُوا، وَلَا تَأْكُلُوا الرِّبَا، وَلَا تَقْذِفُوا مُحْصَنَةً، وَلَا تُوَلُّوا الْفِرَارَ يَوْمَ الزَّحْفِ، وَعَلَيْكُمْ خَاصَّةً الْيَهُودَ أَنْ لَا تَعْتَدُوا فِي السَّبْتِ. قَالَ: فَقَبَّلُوا يَدَهُ وَرِجْلَهُ، فَقَالَا: نَشْهَدُ أَنَّكَ نَبِيٌّ، قَالَ: فَمَا يَمْنَعُكُمْ أَنْ تَتَّبِعُونِي؟ قَالُوا: إِنَّ دَاوُدَ دَعَا رَبَّهُ أَنْ لَا يَزَالَ فِي ذُرِّيَّتِهِ نَبِيٌّ، وَإِنَّا نَخَافُ إِنْ تَبِعْنَاكَ أَنْ تَقْتُلَنَا الْيَهُودُ

Seorang Yahudi berkata kepada rakannya: “Mari kita pergi berjumpa Nabi ini.”
Rakannya menjawab: “Jangan sebut nabi, jika dia mendengar engkau berkata demikian, dia akan mendapat empat biji mata (kerana gembira).” Mereka pun datang kepada Rasulullah SAW dan bertanyakan kepada Baginda mengenai sembilan tanda yang jelas. Baginda menjawab: “Janganlah kamu semua mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan hak, jangan membawa orang yang tidak bersalah kepada pemerintah untuk dibunuh, jangan melakukan sihir, jangan makan riba, jangan menuduh wanita yang baik (berzina), dan jangan lari dari medan pertempuran. Dan khusus kepada kamu – wahai kaum Yahudi – jangan melampaui batas pada hari Sabtu.” Lalu mereka mencium tangan dan kaki Baginda, sambil berkata: “Kami bersaksi bahawa engkau adalah Nabi.” Baginda bertanya: “Apa yang menghalang kamu semua daripada mengikutiku?” Mereka menjawab: “Nabi Daud telah berdoa kepada Tuhannya agar kenabian kekal dalam keturunannya, dan kami takut jika kami mengikutmu, kaum Yahudi akan membunuh kami[1]
.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2733), al-Nasai (4078), Ibn Majah (3705).
Ia dinilai lemah oleh al-Albani dalam Da'if al-Tirmizi. Namun ramai ulama lainnya menilai hadis ini sebagai sahih seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir (5/240), Ibn al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir (9/48), dan al-Nawawi dalam al-Majmu’ (4/640) dan dalam Riyadh al-Salihin (hadis 889).

Kata Ibn Kathir – rahimahullah:

وهو حديث مشكل، وعبد الله بن سلِمة في حفظه شيء، وقد تكلموا فيه، ولعله اشتبه عليه التسع الآيات بالعشر الكلمات، فإنها وصايا في التوراة لا تعلق لها بقيام الحجة على فرعون

Hadis ini menimbulkan tanda tanya. Abdullah bin Salamah (salah seorang perawi) dikenal pasti mempunyai masalah hafalan, dan ulama telah membincangkan tentang kelemahannya. Barangkali beliau telah tersilap antara sembilan ayat yang disebut dalam al-Quran dengan sepuluh wasiat (dalam Taurat), kerana yang disebut itu adalah wasiat dalam Taurat, bukan hujah terhadap Firaun. (Tafsir Ibn Kathir, 5/125)

Al-Zayla’i (الزيلعي) – rahimahullah – menyatakan:

والحديث فيه إشكالان :أحدهما: أنهم سألوا عن تسعة، وأجاب في الحديث بعشرة، وهذا لا يرِد على رواية أبي نعيم والطبراني؛ لأنهما لم يذكرا فيه "السحر"، ولا على رواية أحمد أيضاً؛ لأنه لم يذكر "القذف" مرة، وشك في أخرى، فيبقى المعنى في رواية غيرهم: أي: "خذوا ما سألتموني عنه وأزيدكم ما يختص بكم لتعلموا وقوفي على ما يشتمل عليه كتابكم. الإشكال الثاني : أن هذه وصايا في التوراة، ليس فيها حجج على فرعون وقومه، فأي مناسبة بين هذا وبين إقامة البراهين على فرعون؟! وما جاء هذا إلا من عبد الله بن سلمة؛ فإن في حفظه شيئًا، وتكلموا فيه، وأن له مناكير، ولعل ذينك اليهوديين إنما سألا عن العشر الكلمات، فاشتبه عليه بالتسع الآيات، فوهِم في ذلك، والله أعلم .

Hadis ini mengandungi dua tanda tanya: (1) Mereka bertanya tentang sembilan perkara, tetapi Nabi SAW menjawab  dalam hadis dengan sepuluh. Namun ini tiada dalam riwayat Abu Nu‘aim dan al-Tabarani kerana mereka tidak menyebut “sihir”. Dalam riwayat Ahmad pula, tidak disebut “qazaf” dalam satu riwayat, manakala disebut dalam riwayat lain dalam bentuk ada keraguan. Maka yang tinggal adalah maksud yang ada dalam riwayat lain, iaitu: “Ambillah apa yang kamu tanyakan, dan aku tambah sesuatu khusus untuk kamu supaya kamu tahu bahawa aku tahu isi kandungan kitab kamu.” (2) Wasiat-wasiat yang disebut itu adalah dari Taurat, dan tiada kena mengena dengan hujah terhadap Firaun dan kaumnya. Ini berpunca dari Abdullah bin Salamah – kerana hafalannya lemah dan dia meriwayatkan beberapa perkara mungkar. Kemungkinan dua orang Yahudi itu bertanya tentang sepuluh kalimat, tetapi dia tersilap menyangkanya sebagai sembilan ayat. Berlaku wahm padanya dalam perkara itu.” (Takhrij al-Kashshaf, 2/293)

Hadis pertama ini, Al-Imam al-Tirmizi membuat bab khas untuk hadis ini dengan tajuk: باب ما جاء في قبلة اليد والرِّجل "Bab mengenai mencium tangan dan kaki."

Ibn Battal – rahimahullah – berkata:

قال الأبهرى: وإنما كرهها مالك إذا كانت على وجه التكبر، والتعظيم لمن فُعِلَ ذلك به، وأما إذا قبَّل إنسانٌ يدَ إنسانٍ، أو وجهه، أو شيئًا من بدنه – ما لم يكن عورة - على وجه القربة إلى الله، لدينه، أو لعلمه، أو لشرفه: فإن ذلك جائز .

“Al-Abhari berkata: Imam Malik hanya membenci perbuatan mencium tangan dan kaki jika ia dilakukan kerana sombong atau terlalu mengagungkan orang yang dicium. Tetapi jika seseorang mencium tangan, wajah, atau bahagian badan orang lain – selagi bukan aurat – dengan niat mendekatkan diri kepada Allah, kerana agama orang itu, ilmu atau kemuliaannya, maka ia dibenarkan.” (Syarh Sahih al-Bukhari, 9/46)

Al-Mubarakfuri – rahimahullah – berkata:

والحديث يدل على جواز تقبيل اليد والرِّجْل .

Hadis ini menunjukkan keharusan mencium tangan dan kaki. (Tuhfah al-Ahwadzi, 7/437)

Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Uthaymin – rahimahullah – berkata:

الحاصل: أن هذين الرجلين قبَّلا يدَ النبي صلى الله عليه وسلم، ورِجْله، فأقرهما على ذلك، وفي هذا: جواز تقبيل اليد، والرِّجْل، للإنسان الكبير الشرَف والعلم، كذلك تقبيل اليد، والرِّجْل، من الأب، والأم، وما أشبه ذلك؛ لأن لهما حقّاً، وهذا من التواضع .

Kesimpulannya: kedua-dua lelaki itu mencium tangan dan kaki Nabi SAW, dan Baginda tidak melarang mereka. Ini menunjukkan keharusan mencium tangan dan kaki seseorang yang mempunyai kedudukan dalam ilmu dan kemuliaan. Begitu juga, mencium tangan dan kaki ibu bapa atau yang seumpamanya adalah dibolehkan kerana mereka mempunyai hak, dan ini merupakan satu bentuk tawaduk. (Syarh Riyadh al-Salihin, 4/451)

Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abbad – hafizahullah – ditanya: “Ayah saya kadang-kadang menyuruh saya mencium kakinya secara bergurau. Adakah dibenarkan?” Jawab beliau:
لا مانع مِن أن تقبلها “Tiada halangan untuk kamu menciumnya”. (Syarh Sunan Abi Dawud, 29/342)

Hadis Kedua:

Daripada Ummu Aban binti al-Wazi‘ bin Zari‘, daripada datuknya Zari‘ (أُمّ أَبَانَ بِنْتِ الْوَازِعِ بْنِ زَارِعٍ عَنْ جَدِّهَا زَارِعٍ) – yang merupakan salah seorang anggota delegasi Abdul Qais – berkata:

لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، وَرِجْلَهُ

“Ketika kami tiba di Madinah, kami segera turun dari tunggangan kami lalu mencium tangan Nabi dan kakinya.”

Diriwayatkan oleh Abu Daud (5227), dan al-Hafiz Ibn Hajar menganggap baik (jayyid)) sanadnya dalam Fath al-Bari (11/57), manakala al-Albani menilai hadis ini sebagai hasan, kecuali bahagian menyebut tentang kaki.

Abu Daud telah memberi tajuk kepada hadis ini sebagai: بَاب فِي قُبْلَةِ الرِّجْلِ “Bab tentang mencium kaki”.

 

Dalil Peristiwa:

Ia adalah dialog yang berlaku antara dua imam besar, al-Bukhari dan Muslim. Terdapat riwayat terkenal yang mengatakan Imam Muslim mencium kaki Imam al-Bukhari dan memuji ilmunya. Tetapi yang sahih ialah: tiada dalam kisah itu bahawa Imam Muslim mencium kaki al-Bukhari, cuma beliau mencium antara dua mata Imam al-Bukhari dan meminta izin untuk mencium kakinya, namun tidak disebut bahawa beliau benar-benar melakukannya.

Dalam Tarikh Baghdad (13/102), daripada Ahmad bin Hamdun al-Qassar (أحمد بن حمدون القصار) berkata:

سمعت مسلم بن الحجاج وجاء إلى محمد بن إسماعيل البخاري فقبَّل بين عينيه، وقال: دعني حتى أقبِّل رجليك، يا أستاذ الأستاذين، وسيد المحدثين، وطبيب الحديث في علله

“Aku mendengar Muslim bin al-Hajjaj datang kepada Muhammad bin Ismail al-Bukhari, lalu dia mencium antara dua matanya dan berkata: “Izinkan aku mencium kedua kakimu, wahai guru kepada segala guru, penghulu ahli hadis, doktor hadis dalam mengenalpasti kecacatannya.”

Dalam Tarikh Dimasyq (52/68) dengan lafaz:

فقبَّل بين عينيه، فقال: دعني حتى أقبِّل رجليك، يا أستاذ الأستاذين، وسيد المحدثين، وطبيب الحديث

“Lalu dia mencium antara dua matanya dan berkata: “Izinkan aku mencium kedua kakimu, wahai guru kepada segala guru, penghulu ahli hadis, dan doktor hadis.”

al-Hafiz al-‘Iraqi رحمه الله menilai kisah ini sebagai lemah. Namun muridnya al-Hafiz Ibn Hajar menolak penilaian al-‘Iraqi ini dan menyatakan ia thabit dan sahih.

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata:

والغالب على الظن: عدم صحتها، وأنا أتهم بها "أحمد بن حمدون القصار" راويها عن مسلم؛ فقد تُكلم فيه

“Yang kuat pada sangkaan saya: kisah ini tidak sahih. Masalahnya pada Ahmad bin Hamdun al-Qassar, perawi daripada Muslim, kerana dia telah dikritik.” (At-Taqyid wal-Idhah, Syarh Muqaddimah Ibn al-Salah hlm. 118)

Namun, Ibn Hajar menjawab:

الحكاية صحيحة، قد رواها غير الحاكم على الصحة، من غير نكارة، وكذا رواها البيهقي عن الحاكم على الصواب، كما سنوضحه؛ لأن المنكَر منها إنما هو قوله: "إن البخاري قال: لا أعلم في الدنيا في هذا الباب غير هذا الحديث الواحد المعلول"، والواقع: أن في الباب عدة أحاديث لا يخفى مثلها على البخاري" .والحق أن البخاري لم يعبِّر بهذه العبارة، وقد رأيت أن أسوق لفظ الحكاية من الطريق التي ذكرها الحاكم وضعفها الشيخ، ثم أسوقها من الطريق الأخرى الصحيحة التي لا مطعن فيها، ولا نكارة، ثم أبيِّن حال الحديث، ومن أعلَّه، أو صححه لتتم الفائدة ... .

“Kisah ini sahih. Ia telah diriwayatkan oleh selain al-Hakim sebagai sahih, tanpa sebarang nakarah (kejanggalan). Dan begitu juga, al-Baihaqi meriwayatkannya daripada al-Hakim dengan cara yang betul yang akan kami jelaskan nanti. Perkara yang dianggap pelik hanyalah bahagian kata-kata: “Sesungguhnya al-Bukhari berkata: “aku tidak tahu di dunia ini dalam bab ini selain hadis yang satu ini yang bermasalah.” Dan hakikatnya ialah, dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang tidak mungkin tersembunyi daripada pengetahuan al-Bukhari. Dan yang benar ialah al-Bukhari tidak menyebutkan ungkapan ini. Maka saya ingin membawa lafaz kisah ini melalui jalan riwayat yang disebut oleh al-Hakim yang telah dinilai lemah oleh al-Syaikh, kemudian saya akan membawanya pula melalui jalan riwayat lain yang sahih, yang tidak ada cela padanya dan tiada kejanggalan, kemudian saya akan menjelaskan keadaan hadis tersebut, siapa yang melemahkannya dan siapa yang mensahihkannya, agar faedahnya lebih sempurna…" (An-Nukat ‘ala Kitab Ibn as-Solah, 2/715-716)

Apabila kita mengatakan harus mencium kaki, maka ia hendaklah mengikut garis panduan, antaranya:

  1. Ciuman itu hendaklah kepada ibu bapa atau ahli ilmu.

Ini disokong oleh pandangan Syaikh Ibn ‘Uthaymin dan al-‘Allamah al-‘Abbad seperti nukilan sebelum ini.

  1. Ciuman itu dilakukan sebagai bentuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencintai orang alim dan saleh, bukan kerana dunia, pangkat atau kerana tunduk secara kehinaan.

Imam an-Nawawi رحمه الله berkata:

وأما تقبيل يده لِغِناه، ودنياه، وشوكته، ووجاهته عند أهل الدنيا بالدنيا ونحو ذلك: فمكروه شديد الكراهة، وقال المتولي: لا يجوز، فأشار إلى تحريمه

“Adapun mencium tangan kerana kekayaannya, kedudukan duniawinya, kekuasaan atau pengaruhnya dalam kalangan ahli dunia, maka hukumnya makruh yang bersangatan. Al-Mutawalli berkata: ia tidak dibenarkan, dan beliau mengisyaratkan kepada haram.” (Al-Majmu‘ Syarh al-Muhadzdzab, 4/636)

Katanya lagi:

وتقبيل رأسه ورِجله : كيَده

“Mencium kepala dan kaki adalah sama seperti mencium tangan.” (Al-Majmu‘, 4/636-637)

  1. Tidak boleh dilakukan kepada mereka yang suka dihormati sedemikian. Siapa yang suka orang mencium tangannya tidak layak dicium, apatah lagi kakinya.

Ibn Taymiyyah رحمه الله berkata:

وأما ابتداء مدِّ اليدِ للناس ليقبِّلوها، وقصده لذلك: فيُنهى عن ذلك، بلا نزاع، كائناً من كان، بخلاف ما إذا كان المقبِّل المبتدئ بذلك

“Adapun menghulurkan tangan kepada orang lain supaya dicium atau berkehendakkan demikian, maka ini dilarang tanpa pertikaian, siapa pun dia. Tidak seperti jika dimulakan oleh orang yang hendak mencium.” (Al-Mustadrak ‘ala Majmu‘ al-Fatawa, 1/29)

Syaikh Ibn ‘Uthaymin رحمه الله pula berkata:

الذي يُنتقد من بعض الناس: أنه إذا سلَّم عليه أحد: مَدّ يده إليه، وكأنه يقول: قَبِّل يدي! فهذا هو الذي يُستنكر، ويقال للإنسان عندئذ: لا تفعل

“Yang dibantah ialah apabila seseorang bersalaman, lalu dia hulurkan tangannya seolah-olah berkata: ciumlah tanganku! Maka perbuatan ini ditolak dan dikatakan kepada orang ramai: jangan buat begitu.”
(Syarh Riyadh as-Salihin, 4/452)

  1. Tidak boleh dilakukan secara kerap, hanya dilakukan sekali-sekala apabila ada sebab tertentu.

Syaikh Ibn ‘Uthaymin berkata:

أما مَن يقبِّل يدك تكريماً، وتعظيماً  أو رأسك، أو جبهتك: فهذا لا بأس به، إلا أن هذا لا يكون في كل مرة يلقاك؛ لأنه سبق أن الرسول صلى الله عليه وسلم سئل عن ذلك إذا لاقى الرجل أخاه أينحني له؟ قال: (لا) قال: أيقبله ويعانقه؟ قال: (لا)، قال: أيصافحه؟ قال: (نعم) .لكن إذا كان لسبب: فلا بأس للغائب ... .

“Jika seseorang mencium tangan, kepala atau dahi anda sebagai tanda hormat dan memuliakan, maka tiada masalah – asalkan bukan setiap kali berjumpa. Ini kerana Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya: ‘Bolehkah seseorang tunduk apabila berjumpa saudaranya?’ Baginda jawab: ‘Tidak’. Ditanya: ‘Bolehkah dia menciumnya dan memeluknya?’ Baginda jawab: ‘Tidak’. Ditanya: ‘Bolehkah dia bersalaman?’ Jawab Nabi: ‘Ya.’ Tetapi jika kerana sesuatu sebab, maka tidak mengapa bagi orang yang jauh (jarang berjumpa).”
(Syarh Riyadh as-Salihin, 4/452)



[1] Maksud ungkapan ini ialah sekiranya kami meninggalkan agama kami dan mengikut engkau, nescaya orang-orang Yahudi akan membunuh kami apabila lahir seorang nabi kepada mereka dari keturunan Nabi Daud dan mempunyai kekuatan. Ini kerana doa Nabi Daud tentu akan dimustajabkan oleh Allah. Justeru tentu akan diutuskan seorang lagi Nabi dari keturunan baginda. Namun dakwaan ini adalah satu pendustaan terhadap Nabi Daud عليه السلام, kerana baginda telah membaca dalam Taurat dan Zabur mengenai kemunculan Nabi Muhammad , bahawa baginda ialah penutup para nabi, dan dengan kedatangan baginda, agama-agama terdahulu akan dimansuhkan. Maka bagaimana mungkin Daud akan berdoa dengan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah Allah Ta‘ala beritahu tentang kedudukan Nabi Muhammad ? Jika diandaikan benar dakwaan ini sekalipun, maka bukankah Nabi Isa merupakan sebahagian daripada keturunan Nabi Daud AS, maka bagindalah seorang nabi yang masih hidup hingga hari kiamat. (Lihat Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih 1/130)

 


Cetak  
Wallahu a'lam