SDI 1120: Benarkah Abu Jahal Tak Dapat Hidayah Kerana Melakukan alTasybik?

Soalan:
Salam Ust...minta penjelasan/pencerahan....tak pernah dgr hal ni (Klik utk dengar)...ana jd habit juga suka pegang tgn mcm ni....๐Ÿ˜

Jawapan:

alTasybik ialah menyelang-nyelangkan atau memasukkan jari-jari tangan kanan dan kiri antara satu dengan yg lain. Ia DILARANG (makruh) ketika berada di dlm solat, ketika menunggu solat dan ketika bergerak menuju ke masjid utk menunaikan solat.

Larangan melakukan alTasybik di dlm solat berdasarkan hadis Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Kaab bin 'Ujrah RA yg berkata:

ุฃู†ู‘ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‘ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฑุฃู‰ ุฑุฌู„ุง ู‚ุฏ ุดุจู‘ูƒ ุฃุตุงุจุนู‡ ููŠ ุงู„ุตู‘ู„ุงุฉุŒ ููุฑู‘ุฌ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‘ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจูŠู† ุฃุตุงุจุนู‡ยปโ€.โ€ ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ุนู…ุฑ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ููŠ ุงู„ู‘ุฐูŠ ูŠุตู„ู‘ูŠ ูˆู‡ูˆ ูŠุดุจู‘ูƒ ุฃุตุงุจุนู‡ ยซุชู„ูƒ ุตู„ุงุฉ ุงู„ู…ุบุถูˆุจ ุนู„ูŠู‡ู…ยป

Maksudnya: "Bahawa Rasul SAW pernah melihat seorg lelaki yg melakukan alTasybik di dlm solat, lalu baginda merungkaikannya jari-jari lelaki tersebut." Ibn 'Umar pula berkata kpd org yg melakukan alTasybik di dlm solat: "demikian itu adalah solat org2 yg dimurkai (org Yahudi)"

Adapun larangan melakukan alTasybik ketika sedang menunggu solat berdasarkan hadis Nabi SAW di dlm Sahih alBukhari dan Muslim yg mana baginda SAW telah menyamakan sesiapa yg sedang menunggu solat org itu seperti berada di dlm solat. Baginda bersabda:

ู„ุง ูŠุฒุงู„ ุฃุญุฏูƒู… ููŠ ุตู„ุงุฉ ู…ุง ุฏุงู…ุช ุงู„ุตู‘ู„ุงุฉู ุชูŽุญู’ุจูุณูู‡

Maksudnya: "sentiasalah seseorg itu (dikira spt) berada di dlm solat, selama mana solatlah yg menghalang dia (dr keluar dr masjid)"

Larangan melakukan alTasybik ketika bergerak menuju ke masjid pula berdasarkan hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan lainnya secara marfu':

ุฅุฐุง ุชูˆุถู‘ุฃ ุฃุญุฏูƒู… ูุฃุญุณู† ูˆุถูˆุกู‡ ุซู…ู‘ ุฎุฑุฌ ุนุงู…ุฏุงู‹ ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏุŒ ูู„ุง ูŠุดุจู‘ูƒ ุจูŠู† ูŠุฏูŠู‡ ูุฅู†ู‘ู‡ ููŠ ุตู„ุงุฉ

Maksudnya: "apabila seseorg drpd kamu berwudhu dan memperelokkan wudhu, kemudian keluar menuju ke masjid, maka jgn dia melakukan alTasybik antara jari-jari tangannya kerana dia (spt) berada di dlm solat."

Para ulama berbeza pandangan ttg sebab larangan. Sebahagian kata sebab perbuatan itu termasuk suatu yg sia2, ada yg kata kerana ia termasuk dlm perbuatan menyerupai syaitan, ada yg kata kerana dorongan syaitan dan ada juga yg kata kerana perbuatan itu boleh membawa keoada mengantuk seterusnya tidur.

Adapun selain dr 3 waktu ini TIADA LARANGAN, justeru BOLEH melakukan alTasybik selain dr 3 keadaan tersebut. Bahkan Nabi SAW juga pernah melakukan alTasybik ketika masih berada di dlm masjid selepas menunaikan solat berdasarkan hadis Dzu alYadain. Kerana itu majoriti para ulama berpandangan larangan alTasybik ini adalah larangan makruh BUKAN haram. Tidaklah boleh menjadi sebab seseorg terhalang dr hidayah semata2 melakukannya.


Cetak  
Wallahu a'lam