SDI 1115: Hukum Dengki Dlm Hati

Soalan:
Kalau kita dengki dgn seseorang. Tapi hanya dlm hati, apakah kita dikira berdosa ust?

Jawapan:

Seorg muslim yg baik sepatutnya suka dan bergembira apabila saudara semuslimnya mendapat kebaikan dan tidak bergembira apabila saudara semuslimnya ditimpa keburukan. Jika yg berlaku adalah sebaliknya maka ia membuktikan kita tidak termasuk dlm kalangan muslim yg baik akhlaknya dan bukan dr kalangan org yg sempurna imannya. Nabi SAW bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: "tidak sempurna iman seseorg drpd kamu sehinggalah dia suka utk saudara semuslimnya apa yg dia suka untuk dirinya sendiri."

Dengki atau hasad ialah "bercita2 hilangnya kebaikan atau nikmat dr seseorg yg layak menerimanya" sekalipun dia tidak menzahirkannya pd perkataan atau perbuatan. Inilah pandangan majoriti ulama kerana ia dianggap amal hati yg dihitung sbg dosa. Namun Ibn alJauzi berbeza pandangan dgn majoriti ulama dlm masalah ini.

Ibn Hajar al'Asqalani memberi pandangan yg menarik dlm masalah ini. Beliau mengatakan hasad atau dengki itu lebih umum dr hanya bertindak atau bercakap kerana dengki yg ada di dlm hati atau tidak. Jika dia melakukan sesuatu kerana hasadnya maka dia seorg yg baghian باغيا (pelaku dosa). Jika dia tidak berusaha menzahirkannya dan tidak menjadi sebab berlakunya sebab2 yg tidak disukai menimpa seorg muslim, maka perlu diperhatikan. Jika yg menghalang dia itu adalah kelemahan dirinya atau tiada kemampuan, di mana jika dia berkesempatan dan mampu pasti dia akan melakukan atau melaksanakan dengki dan hasadnya itu, maka org yg spt ini dikira telah berdosa. Jika yg menghalang dia dr menjayakan hasad dan dengkinya itu adalah rasa takutkan Allah, maka dia diberi kemaafan dgn rasa dengki yg ada di dlm hatinya itu, kerana dia tidak mampu menolak lintasan hati, maka memadailah dgn dia berusaha tidak melakukan sesuatu kerana dengkinya dan tidak berazam utk menjayakannya.

Abdul Razzaq meriwayatkan drpd Ma'mar drpd Ismail bin Umaiyah yg merafa'kannya:

ثلاث لا يسلممنها أحد: الطيرة والظن والحسد، قيل: فما مخرج منها يا رسول الله؟ قتل: إذا تطيرت فلا ترجع، وإذا ظننت فلا تحقق، وإذا حسدت فلا تبغ

Maksudnya: "tiga perkara tiada seorgpun yg akan bebas drpdnya: alTiyarah (anggapan sial), prasangka dan dengki. Dikatakan kpd baginda Nabi: "maka apakah jalan keluar dr tiga perkara ini wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "apabila terlintas sesuatu tanda sial di dlm dirimu, maka jangan kamu batalkan hasratmu tersebut, jika kamu berprasangka maka jangan kamu menurutinya, jika kamu dengki maka jangan sehingga kamu berbuat dosa."

alSon'ani di dalam Subul alSalam berkata: "Kemudian dengki, jika terlintas, lalu seseorg itu menolak perasaan dengki tersebut dan dia bersungguh2 menolaknya, maka tidak berdosa (krn perasaan dengki tersebut), bahkan mudah2an dia berpahala krn bersungguh2 menolaknya. Namun jika dia berusaha menghilangkan kelebihan yg ada pada individu yg dia dengkikan, maka dia seorg yg berdosa. Jika dia tidak berusaha menjayakan dengkinya dan tidak menzahirkannya krn tiada kemampuan, dlm bentuk jika dia ada kemampuan dia akan lakukan perkara bagi menjayakan dengkinya, maka dia berdosa, jika tidak, maka tidak dikira berdosa. Tidak berdosa krn tidak mampu menolak atau menghilangkan rasa dengki, namun memadai bersungguh2 tidak melakukan apa2 perkara krn dengkinya dan tidak berazam melakukannya."


Cetak  
Wallahu a'lam