- SIFAT ORANG YANG DIJAMPI AGAR DAPAT MENERIMA FAEDAH DARI PERUBATAN DENGAN AL-QURAN
- Beriltizam dengan agama. hal ini dilihat dari 2 sudut:
i) Bebas dari sebarang unsur syirik, bid’ah dan khurafat seperti memuja kubur, meminta pertolongan dan hajat dari kubur. Wajib memiliki I’tiqad bahawa semua manfaat dan mudharat hanya dari Allah SWT. Tidak boleh beranggapan jampian boleh memberi kesembuhan dengan sendirinya demikian juga tidak boleh pergantungan dan harapan pesakit kepada penjampi lebih daripada pergantungan dan harapan mereka kepada Allah. Perbuatan ini termasuk di dalam syirik tersembunyi.
- Beriltizam dengan ibadah. Hal ini kerana jampian kebiasaannya kurang memberi kesan terhadap ahli maksiat yang tidak melakukan ketaatan kepada Allah SWT, bertakabbur, tidak menunaikan solat dan seumpamanya.
- Menyerahkan Dirinya Kepada Allah SWT. menghina dan merendahkan diri kepadaNya, mengharapkan kasih-sayangNya. Berlindung dan kembali kepadaNya, Memohon keampuan dan bertaubat kepadaNya agar dianugerahkan keafiatan dengan sebab permohonannya. Kata al-Kahhal RH: “Sesungguhnya jampian dan perlindungan adalah kembali kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan keafiatan disebabkan permohonannya, sama sepertimana Dia (Allah) menganugerahkan keafiatan dengan sebab yang diletakkan pada ubat.”[1]
- Berbuat Baik Kepada Orang Lain dengan mengeluarkan sedekah kepada orang yang memerlukan dan melakukan kebaikan-kebaikan lain kepada orang ramai. Sepertimana al-Quran merakamkan sikap Nabi Zakaria AS dan isteri baginda, firman Allah SWT:
Maksudnya: “dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi". maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.” (al-Anbiya’: 89-90)
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Dan dari sebesar-besar rawatan sakit adalah melakukan kebaikan dan berbuat ihsan, berzikir, berdoa, merendah dan menghina diri kepada Allah dan bertaubat. Semua perkara ini memiliki kesan dalam menolak penyakit-penyakit dan memperolehi kesembuhan yang lebih besar berbanding ubat-ubat tabi’ie. Akan tetapi bergantung pada kesediaan diri, penerimaan dan akidahnya terhadap perkara itu dan kemanfaatannya.”[2]
- Bersabar Dan Redha Dengan Ketetapan Dari Allah SWT
10.5) Niat yang benar.
10.6) Pesakit menyakini al-Quran dapat memberi penawar, rahmat dan kesembuhan. Jika pesakit masih dalam keadaan ragu-ragu atau sekadar mencuba kerana jika tidak berjaya ia tidak mendatangkan sebarang kemudharatan. Sebaliknya hendaklah menyakini bahawa yang ianya adalah penyembuhan yang benar seperti yang dikhabarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
10.7) Tidak boleh pesakit wanita pergi menemui penjampi lelaki seorang diri tanpa mahram dan begitulah sebaliknya.
10.8) Tidak tergesa-gesa agar segera disembuhkan. Hal ini kerana jampian termasuk doa. Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
يستجاب لأحدكم ما لم يعجل، يقول دعوت فلم يستجب لي
Maksudnya: “(Sentiasalah) diperkenankan doa setiap orang daripada kamu, selama mana dia tidak gopoh, dengan berkata: “Aku telah berdoa, namun tidak diperkenankan untukku.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Pesakit juga digalakkan berada dalam keadaan bersuci dari hadas besar dan kecil ketika proses jampian.
[1] Al-Ahkam al-Nabawiah 78
[2] Zaad al-Ma’ad 4/142