Soalan:
Ustaz, merujuk sdi 1025 ttg solat mengadap tandas. Bagaimana jika tandas bilik rumah saya mmg dibina di arah kiblat?
Jawapan:
Saya syorkan beberapa cadangan utk keluar dr masalah ini:
1. Jgn solat dlm bilik tersebut, atau;
2. Wujudkan pemisah antara dinding tandas dgn kawasan solat dlm bilik.
Kata Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH:
لا تزول الكراهة حتى يفصل بين الحش وبين قبلة المسجد... ومتى كان بين الحش وبين حائط المسجد حائط أخر جازت الصلاة إليه
"Hukumnya kekal makruh sehinggalah dipisahkan antara alHush (tandas) dgn kiblat masjid... apabila antara alHush (tandas) dan dinding masjid ada dinding (pemisah) lain, harus solat ke arahnya." (Syarh al'Umdah 4/483)
3. Jika tidak mampu juga dan beberapa solat terpaksa dilakukan di dlm bilik berkaitan, tiada pula sebarang najis dan sesuatu yg boleh mengganggu solat. Maka solat dlm bilik tersebut kekal harus dan boleh tanpa ada hukum makruh. Ini kerana hukum makruh akan terangkat jika ada keperluan melakukannya.