SDI 1000: Hukum Beri Salam Kepada Orang Yang Sedang Sibuk

Soalan:

Boleh bagi salam kpd org tgh bersembang? Terima kasih ustaz.

Jawapan:

Dlm adab memberi salam hendaklah diperhatikan apakah org yg hendak diberikan salam itu bersedia atau berada dlm keadaan dapat menjawab salam atau tidak.

Jika seseorg dlm keadaan tidak bersedia utk menjawab salam, maka sebaiknya tidak perlu ucapkan salam kpdnya. Namun jika zahir keadaannya dpt menjawab salam, berilah salam kpdnya.

Sbhgian ulama meletakkan kreteria seseorg yg tak perlu diberikan salam kpdnya iaitulah seseorg yg dalam kesibukan. Mereka memakruhkan memberi salam kpd seseorg yg sedang berada dlm kesibukan.

Di dlm alAdab alSyar'iyyah dinyatakan: "Telah berkata alSyeikh Wajih alDin: Dimakruhkan memberi salam kpd sesiapa yg dlm kesibukan yg sedg dilaksanakannya spt seorg yg sedang menunaikan solat, sedang makan dan sedang buang air besar."

Kata Ibn 'Uthaimin RH: "Salam itu tidak sewajarnya diberikan kpd seseorg yg sedang dlm kesibukan dlm bentuk akan mengganggunya. Jika kita lihat seseorg sdg membaca alQuran yg dia cuba menghafalnya, memerhatikan maknanya, pd sangkaan banyak atau kita yakin jika memberi salam kpdnya akan mengganggunya, maka yg sunnah kita tidak berikan salam kpdnya. Ini krn perkara itu sedang menyibukkan dia, melainkan jika kita lihat dia bersedia dan sdg melihat kita dan dia mahu kita beri salam kpdnya, maka pd ketika itu kita berikan salam kpdnya, krn tidak beri salam kpdnya ketika itu akan meninggalkan rasa tak elok dlm dirinya." (alLiqa' alSyahri 13)


Cetak  
Wallahu a'lam