Soalan:
Klu lps makan kenduri, tangan kanan kita belum dibasuh, apa hukum kalau pegang cawan dgn tangan kiri dan tampung punggung cawan dgn tangan kanan?
Jawapan:
1. Ada perintah dari Nabi agar makan dan minum dengan tangan kanan. Demikian juga ada tegahan daripada baginda dari makan dan minum dengan tangan kiri seperti yang ada dalam hadis Muslim bil: 2020 dan 2019.
2. Minum dengan menggunakan kedua-dua tangan, kanan dan kiri tidak dinamakan minum dengan tangan kanan seperti yang bertepatan dengan perintah. Tidak juga dinamakan minum dengan tangan kiri sepertimana yang ditegah. Oleh itu apakah hukumnya? Pernahkan Nabi SAW minum dengan menggunakan tangan kanan dan kiri kedua-duanya sekali?
Jawapan:
Secara zahirnya hukum minum dengan kedua-dua belah tangan, kanan dan kiri serentak adalah HARUS jika ada keperluan.
Buktinya ialah sabit dari beberapa hadis sekalipun tidak secara jelas, namun ia menunjukkan minum dengan kedua-dua tangan, kanan dan kiri, dilakukan di zaman Nabi SAW. Antara hadis tersebut ialah yang menyebut tentang minum dari bekas Qirbah (bekas yang dibuat dari kulit) yang pada kebiasaannya memerlukan kedua-dua tangan untuk minum. Demikian juga hadis daripada Jabir bin Abdillah RA dalam Sahih Bukhari tentang kisah Nabi SAW bersama Abu Bakr alSiddiq yang pergi ke kebun seorang lelaki Ansar, lalu baginda bertanya:
"...Jika ada bersama mu air dlm bekas kulit, berikan kpd kami, jika tiada kami akan lakukan Kar' كرع...."
Ibn Baz ketika mensyarahkan hadis ini berkata: "padanya ada keharusan alKar' الكرع apabila ada keperluan. Iaitulah minum dengan mulut secara terus (seperti minumnya haiwan). Jika boleh dengan menggunakan bekas atau dengan kedua-dua tangan dan ia (menggunakan kedua-dua tangan) adalah lebih awla agar tidak menyerupai haiwan."
Demikian juga berdasarkan firman Allah SWT:
إلا من اغترف غرفة بيده
Maksudnya: "...melainkan sesiapa yang menceduk seceduk dengan tangannya..." (alBaqarah: 249)
Kata alImam alQurtubi RH: "Kata sebahagian ulama tafsir, alGharfah adalah menceduk dengan sebelah tangan, manakala alGhurfah adalah menceduk dengan dua belah tangan (untuk minum)." Kata sebahagian yang lain: "kedua-dua kalimah itu membawa maksud yang sama."
Justeru, minum dengan menggunakan kedua-dua belah tangan TIDAK termasuk dalam larangan minum dengan tangan kiri. Apatah lagi jika ada keperluan.
WA
*di bawah ini adalah qirbah. Mustahil boleh minum dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.