Soalan:
Ustaz, apa maksud isteri Rasulullah itu ibu org2 yang beriman?
Jawapan:
Saya nukilkan di sini perkataan alImam alNawawi di dlm syarahnya kpd kitab Sahih alBukhari, kata beliau:
"Perkataan merrka (para ulama) pada 'Aisyah dan selain beliau dari kalangan para isteri Nabi SAW RA sebagai "Umm alMukminin (ibu orang2 yang beriman)" kerana beramal dengan firman Allah: "dan para isteri baginda (Nabi SAW) adalah ibu-ibu mereka )orang2 yang beriman)" -alAhzab: 6-
Kata para ulama: "Mereka (para isteri Nabi SAW) adslah ibu (kpd orang2 yg beriman) dalam dua perkara:
1. Wajib memulia dan berbakti kepada mereka semua.
2. Pengharaman berkahwin dgn mereka (setelah kewafatan Nabi SAW).
Tidak termasuk hukum para ibu bagi mereka dalam bab keharusan alKhalwah, meihat aurat dan pengharaman berkahwin dengan puteri mereka. (alTalkhis, Syarh alJami' alSahih li alBukhari 1/322)