SDI 0265: Sunat Jima' Pada Malam Jumaat?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz yang dirahmati Allah.

Maaf jika saya menganggu diwaktu lewat begini.

Saya ada satu soalan, berkenaan dengan jima' di malam jumaat.

Adakah ia benar sunnah dari Rasulullah SAW?

Sebab di Malaysia ni (atau mungkin nusantara) sebut sahaja malam jumaat, semua dah boleh faham bahawa malam tersebut dikatakan sunnah untuk berjima'.

Mohon pencerahan dari ustaz jika ustaz berkelapangan.

Jazakallahu khair ustaz. 

Jawapan:

Ada hadis yg boleh difahami mmberi galakan melakukan jima' pd hari atau pagi Jumaat. Saya terjemahkan Hadis tersebut di bwh ini berdsrkan sbhgian pandngan ulama:

مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا

Maksudnya: "siapa yg mandi pd hari jumaat dan menjadikan isterinya juga wajib mandi, keluar awal waktu dan mendptkan khutbah yg pertama, menghampiri imam dan mendengar khutbah dan mendiamkan diri. Maka bgnya utk setiap langkah itu pahala setahun puasanya dan qiyamnya." (HR alTirmizi dan dinilai sahih oleh alAlbani, demikian juga Syeikh Syu'aib alArna'auth)

Kata sbhgian ulama tujuan galakan ini agar dpt ditumpukan fikiran kpd mengingati Allah pd hari Jumaat, tidak menyibukkan diri kpd perkara lain.


Cetak  
Wallahu a'lam