SDI 0438: Azan Di Telinga Bayi

Soalan:

As salam...adakah anak yg baru lahir perlu diazan kalau nak ikut sunnah Rasulullah sallallahhu alaihi wasallam.mohon pencerahan ustaz...syukron

Jawapan:

Boleh azan di telinga bayi yg baru dilahirkan. Jika tidak azan juga tidak mengapa.Hal ini kerana para ulama berbeza pandangan ttg hadis azan di telinga bayi. Beberapa ulama hadis tlh mensahihkan hadis tersebut spt alTirmizi dan alHakim.

Justeru TIDAK BOLEH mengatakan azan di telinga bayi tidak sunnah dan bidaah. Sebaliknya azan di telinga bayi tidak mengapa. Tidak azan juga tidak mengapa.

Namun jika memilih tidak azan, bacalah apa-apa doa bagi tujuan menjauhkan syaitan. Antaranya doa yg dibaca oleh Nabi SAW kepada cucu baginda alHasan dan alHusain bin 'Ali RA spt yg diriwayatkan oleh alTirmizi drpd Ibn 'Abbas RA:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Maksudnya: "Daku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimah Allah yg sempurna dr setiap syaitan dan haiwan berbisa, dan dr setiap ain (pandangan) yg jahat." (HR alTirmizi dan katanya: Hadis ini Hasan Sahih. Sunan alTirmizi - Kitab alTibb 'An Rasulillah SAW - Bab Ma Ja'a Fi alRuqyah Min al'Ain. Jilid 4/347. Hadis bilangan 2060. Cetakan Dar alKutub al-'Ilmiyyah)


Cetak  
Wallahu a'lam