Soalan:
Salam ustaz.. Nak tanya, nabi adam dikeluarkan dari syurga sebab makan buah khuldi ka atau sebab dosa itu atau memang allah nak kadikan dia penghuni bumi tak kira la dia makan buah tu atau tidak? Dlm ayat lain allah kata kat malaikat nak cipta khalifah di muka bumi, dalam ayat lain pulak allah kata iblis telah mengeluarkan bapa kamu (adam) dari syurga.. Ada masa lapang, tolong jawab ya ustaz.https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/td4/1.5/16/1f44c.png");">👌 Barakallahu feek ustaz
Jawapan:
Allah menciptakan Nabi Adam utk mengimarahkan bumi dgn ketaatan kpd Allah SWT.
Sebelum itu, Allah berikan ujian kpd Nabi Adam dan Hawwa dgn ditempatkan di dlm syurga terlebih dahulu, stlh itu mereka terpedaya dgn hasutan syaitan sehingga mengeluarkan mereka berdua dr syurga sbg pengajaran kpd baginda berdua dan kita cucu-cicit baginda akan jahat dan liciknya syaitan yg sentiasa berusaha memperdaya manusia.
Pengajaran ini perlu diingat selamanya sbg pedoman selagi manusia berada di dunia yg berupa tempat ujian.