Kelebihan Orang Yang Ditimpa Sakit

Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: يَا بْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي ؟ قَالَ : يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ؟ قَالَ : أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ ؟ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ

Maksudnya: “Allah AZWJ berfirman pada hari kiamat: “Wahai anak Adam, Daku sakit, namun kamu tidak datang menziarahiku. Anak Adam itu menjawab: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin daku menziarahiMu sedangkanMu adalah tuhan sekalian alam.” Jawab Allah SWT: “Tidakkah kamu ketahui bahawa seorang hambaKu fulan telah ditimpa sakit, namun kamu tidak menziarahinya. Tidakkah kamu ketahui bahawa jika kamu menziarahinya, pasti kamu akan dapati Daku berada di sisinya.” (Muslim daripada Abu Hurairah RA. Kitab al-Birr Wa al-Silah Wa al-Adab, Bab Fadhl ‘Iyadah al-Maridh, hadis bilangan: 43)

Hadis ini menunjukkan kemuliaan yang dikurniakan kepada seorang yang ditimpa sakit. Ini kerana, sesuatu perkara apabila disandarkan kepada Allah, maka ia menunjukkan kemuliaan dan kebesaran perkara tersebut sepertimana disandarkan masjid sebagai rumah Allah isyarat kepada kemuliaan dan kebesarannya berbanding binaan-binaan yang lain. Hadis ini juga berupa khabar gembira kepada orang yang ditimpa sakit. Hadis ini seperti berbicara kepada orang yang sakit dan memberitahu kepadanya bahawa apabila Allah SWT menarik kesihatan daripadanya, Allah tidak membiarkan dia begitu sahaja. Bahkan diganti untuknya kedekatan dengan Allah SWT.


Cetak  
Wallahu a'lam