Malam ini bulan mengelilungi matahari, Waktu mustajab???
Tersebar msg whatapp bertarikh 3/12/2015, berbunyi:
"Malam ini jam 3.25am waktu Mecca, bulan akan mengelilingi (Tawaaf) Kaaba, ini terjadi dalam 100,000 tahun sekali. Sky will be light blue, this ia a moment of acceptance and this moment comes after every 100 thousand years, you can ask Allah what ever you want to ask. Pls send this message to your love and friend. Rebut peluang yg datang sekali dlm 100,000 tahun, mmg kita umat terpilih untuk berdoa pd waktu yg amat mustajab,
Waktu Mecca waktu Tahajud & waktu Malaysia esok jam 8.25 pagi waktu Dhu'ah.
Marilah kita rebut peluang keemasan ini bertahajud malam ini dan bersolat duh'ah esok meminta perkara positive didunia & akhirat utk kita & keluarga kita serta sahabat2 kita,.. Wuhallah'ualam"
- tamat petikan -
Komen Bin Sahak:
Cuba fikirkan wahai org2 yg berakal...
1) Bukankah kita tidak dpt mengetahui sesuatu waktu itu mustajab doa melainkan stlh dikhabarkan oleh Nabi SAW?
2) Jika mlm ini 3/11/2015 kononnya bulan akan mengelilingi kaabah, dan kononnya peristiwa ini hanya berlaku sekali dlm100,000 tahun. Ini bermakna kali terakhir ia berlaku pd lebih 98,000 tahun sblm hijrah yg lalu, Sblm kelahiran Nabi SAW. Ini krn baginda bru sahaja wafat 1400 tahun lebih yg lalu.
Oleh itu... Siapakah yg memberitahu kpd Si DAJJAL yg mmbuat msj ini, apabila bulan mengelilingi kaabah, ia adlh waktu mustajab Doa?
JANGAN SEBARKAN MSG INI!!!
Dari Mana Kamu Mengambil Agama Kamu???