Soalan:
Assalamualaikum. Nk cerita satu kisah benar. Ada seorang laki ni dia baru kawin. Ada tiga org anak 2 laki satu pompuan. Rmh tangga dia bahagia. Ank2 dia sihat isteripun ok. Isteri dia mcm kita jugak manusia biasa ada kekurangan dan kelebihan. Laki ni ngan family dia hidup bahagia sampai lah satu masa badai menghentam mahligai diorang, hancur sudah sebuah masjid yg dibina. Entah x tahu kenapa. Putuslah sudah ikatan suami dan isteri. Laki ni pun kawin satu lagi dh jodoh x de siapa boleh halang ketentuan allah. Ank yg tiga org tadi dibawanye sekali dgn isteri barunye dijaga sampai besar dan beranak pinak. Laki ni allah bagi rezeki sampai 9 org anak ngan isteri baru dia. Kekal sampai sekarang alhamdulillah. laki ni dh sedar dari kesilapannye nasib baik x disambungnye 3 isteri. Ank2 dia yg isteri first dh ada keluarga masing2. Ank perempuan dia yg bini first berdendam ngan dia sebab tinggalkan mk dia x balik jenguk pun ayahnye. Ank perempuan dia ngan isteri kedua dh terima karma bercerai ngan suami sebab suaminye berzina ngan perempuan lain. Laki ni umurnye panjang cucu dia yg ditinggalkan ayah tu dia yg jaga. Bekas menantu dia x habis2 ngan perangai poye2 kaki pompuan. Ank perempuan dia jadi mangsa suami x bertanggungjawab. Habis dh ceritanye. Apa pendapat ust tentang cerita tu?
Jawapan:
Kehidupan ini satu ujian. Semua kita diuji. Sisuami diuji, siisteri juga diuji. Orang sekitar suami dan isteri tersebut juga diuji. Allah yang menguji kita semua.
Keputusan muktamad di akhirat. Poligami itu halal, sama ada 2, 3 atau 4 asalkan berlaku adil, ia satu ujian, sama sepertimana kahwin satu itu juga satu ujian. Seorang suami yang berpoligami diuji, sama sepertimana seorang suami yang tidak berpoligami juga diuji. Seorang isteri yang dimadukan diuji. Sama sepertimana seorg isteri yang tidak dimadukan juga diuji.
Perceraian boleh berlaku kerana poligami. Sama sepertimana perceraian boleh berlaku kerana sebab lain selain poligami.
Yang terpenting, dalam apa juga keadaan pastikan kita tidak melampau sehingga melanggar tegahan dan tidak mempedulikan perintah Allah.
Balasan sebenarnya adalah di akhirat. Allah berfirman:
وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ
Maksudnya: "Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu." (Ali-Imran: 185)
Pujangga Arab ada menyebut yang maksudnya:
Esok semuanya akan mati di atas apa yang telah dia usahakan.
Semua kita seperti seorang yang bercucuk tanam, akan menuai hasilnya.
Jika dia berbuat baik, maka dia berbuat baik untuk dirinya sendiri.
Jika dia berbuat buruk... alangkah buruk apa yang telah dia usahakan (utk dirinya sendiri).