Satu hari Khalifah Abu alAbbas alSaffah melihat dirinya di cermin. Beliau adalah seorang khalifah yang memiliki rupa paras yang amat tampan. Beliau berkata:
"Ya Allah, aku tidak akan berkata sepertimana perkataan Sulaiman bin Abdul Malik. Akan tetapi aku hendak meminta: "Ya Allah panjangkanlah umurku dalam melakukan ketaatan kepadaMu mengecapi kenikmatan kesejahteraan (drpdMu)."
Sulaiman bin Abdul Malik yang dimaksudkan oleh beliau dahulunya adalah seorg khalifah yang amat tampan juga. Satu hari dia melihat dirinya di cermin seraya berkata:
"Sesungguhnya Muhammad SAW adalah seorg nabi, Abu Bakr adalah seorang yang benar, Umar seorang faruq, Uthman seorang yang pemalu, Muawiyah seorang yang bijaksana, Yazid seorang yang penyabar, Abdul Malik seorang yang bijak mentadbir, alWalid seorang yang hebat, manakala aku pula adalah seorang raja yang muda tampan."
Tidak sampai sebulan selepas itu, beliaupun meninggal dunia.
alSuyuthi di dalam Tarikh alKhulafaa'