Soalan:
Boleh ke bersumpah atas nama alquran
Jawapan:
Bersumpah dengan al-Quran adalah bersumpah dengan Kalam Allah yang merupakan salah satu dari sifat-sifat Allah Taala yang berkata-kata. Maka ia adalah sumpah yang dibenarkan.
Bersumpah ialah mengikat diri dengan sesuatu, sama ada nak tinggal atau nak buat dengan menyebut nama zat yang maha agung. Ia dilakukan bagi menunjukkan penegasan.
Bersumpah mestilah dengan mana-mana nama atau sifat Allah SWT. Kerana seseorg tidak bersumpah dengan nama sesuatu, melainkan ia membuktikan nama yang disumpahkannya itu terlalu agung di sisinya.