SDI 0848: Betulkah Tak Boleh Panggil Rahman Kepada Manusia?

 
Soalan: 
 
Kalau panggil rahman sahaja kpd manusia tak boleh kan ustaz ? Apakah sebab larangannya?
 
Jawapan:
 
Ya, tak boleh panggil orang yang namanya abdulrahman dengan panggilan rahman. Ini kerana rahman adalah termasuk dalam nama yang khas untuk Allah SWT, sepertimana orang yang brrnama Abdullah tak boleh dipanggil Allah, demikian juga orang yang bernama Abdul Ahad tak boleh dipanggil Ahad sahaja, Abdul Somad, dipanggil Somad sahaja dan seumpamanya dengan sepakat para ulama.
 
Manakala nama-nama Allah yang tidak dikhususkan untuk Allah, boleh pula dipanggil kepada makhluk seperti panggilan Rahim kepada yang bernama Abdul Rahim, Karim kepada yang bernama Abdul Karim, Rasyid kepada yang bernama Abdul Rasyid dan seumpamanya.
 
Sebab larangannya ialah antaranya hadis al-Bukhari dan Muslim yang melarang nama Malik al-Amlak ملك الأملاك kepada selain Allah kerana ianya hanya khas untuk Allah sahaja. Justeru semua nama yang hanya khas untuk Allah tidak boleh diseru kepada makhluk.
 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam