SDI 0819: Khawarij Dan Sesatkah Saya?

 
Soalan: 
Ustaz khawarijkah saya jadi sesatkah saya jika memilih parti lain dlm pilihanraya kali ini? Ada beberapa ustaz kata menjadi sesat jika pilih parti lain dr yg memerintah.
 
Jawapan:
Hadis tentang taat kepada pemerintah sekalipun zalim adalah ketika tiada pilihan. Manakala ketika ada pilihan, hendaklah memilih pemerintah yang terbaik pada penilaian anda. Kerana itu Nabi menyebut contoh sekalipun yang menjadi pemerintah itu seorang hamba Habasyi hendaklah dengar dan taat kepadanya. Ia berupa petunjuk jelas ketika ketiadaan pilihan.
 
Namun ketika ada pilihan, seorang hamba Habasyi pasti tidak dilantik menjadi pemerintah oleh orang-orang yang berakal. Perbuatan melantik juga mereka yang tidak layak untuk memegang tampok pemerintahan mengundang kehancuran (فانتظر الساعة). Dengan pembubaran parlimen, perundangan negara memberi anda hak untuk membuat pilihan. 
 
Jika anda yakin pemerintah sebelum ini lebih mampu membawa kebaikan, maka pilihlah. Jika anda yakin kepada pihak lain yang lebih mampu mendatangkan kebaikan, maka pilihlah. Anda tidak menjadi khawarij dengan pilihan tersebut. Jangan dilayan dengan dakwaan-dakwaan songsang dalam politik dari budak-budak ber"PhD" agama.

Cetak  
Wallahu a'lam