Bohong Itu Agama Syiah (1)

Sunday, October 14, 2012

Ketika menyebut hadis-hadis yang kononnya mewajibkan mengikut Ahli al-Bait, al-Tijani berkata:

حديث السفينة قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم:
"إنما مثل أهل بيتي فيكم، مثل سفينة نوح في قومه، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق."
"إنما مثل أهل بيتي فيكم، مثل باب حطّة في بني إسرائيل، من دخله غفر له ."
وقد أورد ابن حجر في كتابه الصواعق المحرقة هذا الحديث ثم قال: ووجه تشبيههم بالسفينة: أن من أحبهم وعظمهم، شكراً لنعمة مُشَرّفهم وأخذاً بهدي علمائهم، نجا من ظلمات المخالفات، ومن تخلف عن ذلك غرق في بحر كفر النعم، وهلك في مفاوز الطغيان

Maksudnya “Hadis al-Safinah, iaitulah Rasulullah SAW bersabda: "Hanyasanya perumpamaan Ahli keluargaku pada kamu semua, seperti bahtera Nabi Nuh dan kaumnya, siapa yang menaikinya ia akan selamat dan siapa yang tidak menaikinya ia akan tenggelam.” “Hanyasanya perumpamaan ahli keluargaku pada kamu semua, seperti pintu Hittah bagi bani Israil, siapa yang memasukinya, dia akan diberi keampunan.”

Ibn Hajar telah menyenaraikan hadis ini di dalam kitabnya al-Sawaiq al-Muhriqah, kemudian beliau berkata: Tujuan memberi perumpamaan dengan bahtera Nabi Nuh kerana sesiapa yang menyintai ahli bait, mengagungkan mereka, bersyukur dengan nikmat kemuliaan ahli bait, menjadikan para ulama ahli bait sebagai petunjuk, dia akan selamat dari kegelapan orang-orang yang menyalahi mereka. Siapa yang tidak melakukan demikian, dia akan tenggelam di dalam lautan kufur nikmat, dia akan binasa.” (Lihat Thumm Ihtadaitu, halaman: 189. Edisi berbahasa Melayu bertajuk: Kemudian Aku Mendapat Petunjuk oleh al-Tijani)

JAWAPAN:

Dua hadis yang disenaraikan oleh al-Tijani di dalam bukunya adalah TIDAK SAHIH. Dakwaan beliau kononnya kedua-dua hadis tersebut Sahih di sisi Ahl al-Sunnah adalah satu pendustaan dan bohong. Inilah dia tradisi Syiah Rafidhah, mereka suka memalsukan maklumat. Mendakwa Sahih sesuatu perkara yang telah disepakati oleh para ulama akan kelemahan dan kepalsuannya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah berkata tentang hadis pertama di atas:

“Adapun perkataan mereka tentang hadis: “Perumpamaan Ahli Baitku seperti Bahtera Nabu Nuh.” Hadis ini tidak diketahui ada Sanad yang Sahih, tidak terdapat juga di dalam kitab-kitab hadis yang menjadi sandaran. Hadis ini sama seperti hadis-hadis lain yang tiada asas diriwayatkan oleh orang-orang yang meriwayatkan hadis-hadis palsu yang lain, ia hanya menambahkan kelemahan hujah mereka.” (Lihat Minhaj al-Sunnah /395)

Al-Zahabi setelah memperkenalkan salah seorang periwayat hadis ini bernama Mufaddhal bin Saleh berkata: “Kata Ibn ‘Adiy: “Riwayat paling mungkar apa yang aku lihat darinya tentang hadis al-Hasan bin ‘Aliy, adapun yang lainnya aku harapkan ia Mustaqim.” Aku (al-Zahabiy) katakan: “Hadis Bahtera adalah yang paling mungkar dan paling mungkar.” (Lihat Mizan al-I’tidal 4/167. Lihat juga hukum Lemah dari al-Zahabi terhadap Mufaddhal bin Saleh di dalam al-Talkhis beserta al-Mustadrak 3/163)

Ibn Kathir pula berkata: “Hadis ini dengan sanad ini adalah Lemah.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir 4/114)

Al-‘Allamah Al-Albani juga menghukumkan hadis ini sebagai Lemah. (Lihat Dhoief al-Jami’, bil: 1974)

Al-Syeikh Muqbil al-Wadi’e di dalam Riyadh al-Jannah berkata: “Dalam sanadnya terdapat Suwaid bin Sa’id, dia seorang yang Lemah. Manakala Hanasy (حنش) pula iaitulah Ibn al-Mu’tamir, dia lebih Lemah dari Suwaid bin Sa’id. Adapun Mufaddhal bin Soleh pula adalah seorang yang Mungkar al-Hadis.” (Lihat Riyadh al-Jannah fi al-Radd ‘ala A’da’ al-Sunnah. Halaman 213)

Tentang hadis yang kedua pula, para ulama telah menghukumnya sebagai Lemah disebabkan para periwayatnya yang tidak dikenali.

Al-Haithami berkata: “(Hadis itu) diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Saghir dan al-Awsat. Di dalam sanadnya terdapat sejumlah periwayat yang tidak aku kenali.” (Lihat Majma’ al-Zawaid 9/168)

Adapun perkataan Ibn Hajar al-Haitami yang dinukilkan oleh al-Tijani di dalam bukunya. Ia merupakan satu penerangan kepada maksud hadis. Perkataan Ibn Hajar itu sama sekali bukan merupakan pengakuan akan kesahihan hadis. Selain itu Ibn Hajar merupakan salah seorang ulama yang sangat memerangi Syiah. Kitab beliah al-Sawa’iq al-Muhriqah itu sendiri merupakan bantahan beliau kepada Syiah Rafidhah dan golongan Zindik yang lain. Ia juga hanyalah berupa isyarat dari beliau supaya mengikut Ahli Bait, bukan membenarkan keyakinan-keyakinan Syiah. Hal ini kerana Ahli Bait Nabi SAW tiada kaitan dengan semua keyakinan-keyakinan sesat dan kufur yang direka-reka oleh Syiah Rafidhah, kemudian disandarkan kepada Ahli Bait Nabi secara dusta.

Wallahu a’lam
الكتاب: الانتصار للصحب والآل من افتراءات السماوي الضال
للعلامة الدكتور إبراهيم بن عامر الرحيلي


Cetak  
Wallahu a'lam