SDI 0769: Mimpi Melihat Allah

 Soalan: 
-Bermimpi Melihat Allah Dalam Gambaran Terindah-
Dalam hal melihat Allah, semua ulama bersepakat bahawa:
1. Kita tidak mampu melihat ZAT ALLAH di dunia sama ada dalam mimpi atau sedar.
2. Mimpi (selain nabi) tidak boleh dijadikan dalil.
 
Namun begitu, bermimpi melihat Allah dalam "gambaran terindah" (bukan zat Allah) telah disebutkan oleh ulama sejak dahulu lagi akan keharusannya berdasarkan hadis Nabi SAW bermimpi melihat Allah dalam gambaran terindah (أحسن صورة).
Imam Ibn Hajar alAsqalani berkata:
وَلَمْ يَخْتَلِفِ الْعُلَمَاءُ فِي جَوَازِ رُؤْيَةِ الله تَعَالَى فِي الْمَنَامِ
"Dan tiada perbezaan pendapat antara ulama dalam keharusan melihat Allah Taala ketika tidur" [Fathul Bari (12/387)]
Imam alNawawi pula menukilkan kata2 alQadhi:
قَالَ الْقَاضِي وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى جَوَازِ رُؤْيَةِ اللَّهِ تَعَالَى فِي الْمَنَامِ
"Berkata alQadhi; Dan ulama bersepakat akan keharusan melihat Allah Taala ketika mimpi" [Syarh Sahih Muslim (15/25)]
*Sebelum ini saya juga telah sertakan fatwa Ibn Taimiyyah berkenaan hal ini. Dan beliau mengatakan ia harus terjadi.
Dalilnya adalah berikut;
أَتَانِي رَبِّي فِي أَحْسَنِ صُورَةٍ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَبِّ وَسَعْدَيْكَ قَالَ فِيمَ يَخْتَصِمُ الْمَلَأُ الْأَعْلَى قُلْتُ رَبِّ لَا أَدْرِي فَوَضَعَ يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيَّ فَوَجَدْتُ بَرْدَهَا بَيْنَ ثَدْيَيَّ
Tuhanku mendatangiku (riwayat lain ada tambah: dalam mimpi) dalam gambaran terindah lalu berfirman, "Wahai Muhammad", aku menjawab, "Ya wahai Tuhanku". Dia bertanya, "Tahukah kamu apa yang diperdebatkan oleh malaikat tertinggi?" Aku jawab, "Aku tidak tahu hai Tuhanku". Lalu Dia meletakkan tanganNya di antara bahuku hingga aku merasakan dingin pada dadaku... (hadis panjang)
Salam Al-Fadhil Ustaz
Benarkah bahawa kita boleh mimpi melihat Allah dalam "gambaran terindah" seperti yg dinyatakan di atas👆? Apakah pandangan imam ahli sunnah dalam hal ini?
 
Jawapan:
 
Benar, seperti tulisan di atas. Cuma ia bukan suatu yang disepakati. Kenyataan penulis tentang perbincangan dalam kalangan ulama tentang mimpi melihat Allah bukan melihat Zat sebenar Allah SWT juga benar. Perkataan Imam Nawawi yang menunjukkan telah berlaku ijmak dalam persoalan ini tidak benar, iaitulah dakwaan ijmak al-Nawawi dalam masalah ini masih dipertikaikan oleh ulama, kerana terdapat ulama lain yang membantah bolehnya seseorang bermimpi melihat Allah SWT, terutamanya para ulama dari mazhab Syafi'ie.
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam