Soalan:
Betulkah manusia tak boleh lihat jin? Bagimana pula hantu dan seumpamanya?
Jawapan:
Pada asalnya manusia sememangnya tidak dapat melihat jin dan syaitan berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah alA'raf ayat 27:
يَابَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمْ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنْ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ
Maksudnya: "Wahai anak-anak Adam, jangan biarkan syaitan mendatangkan fitnah kepada kamu sepertimana syaitan telah menjadi sebab datuk dan nenek kamu (Adam & Hawwa) dikeluarkan dari syurga.... sesungguhnya dia (syaitan) dan kabilahnya dapat melihat kamu, sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka."
Inilah asal penciptaan yang telah ditetapkan Allah. Namun dalam masa yang sama, syaitan dan jin telah diberi kemampuan oleh Allah untuk berubah atau bertukar bentuk kepada bentuk dan rupa yang lain. Maka pada ketika itu manusia boleh melihatnya dan dapat memberi kesan kepadanya seperti menangkap hatta sampai ke tahap mendatangkan kecederaan dan membunuhnya.
Apabila jin dari kalangan syaitan berubah bentuk kepada bentuk yang digeruni dan memperlihatkannya kepada manusia, bagi tujuan menyesatkan manusia dan manusia dapat melihat mereka pada ketika itu. Masyarakat melayu menamakannya sebagai hantu dan seumpamanya.
Penyoal:
Kenapa ada ustaz kata siapa yg dakwa nampak hantu dia itu berbohong? Sebab manusia tak akan dapat nampak jin.
Jawapan Bin Sahak:
Seperti yang telah dijelaskan di atas. Hantu adalah bahasa yang masyarakat kita gunakan. Sebahagiannya merujuk kepada jin dan syaitan yang telah berupa kepada bentuk lain untuk menyesatkan manusia. Maka pada ketika ini manusia dapat melihat mereka.
Banyak bukti daripada hadis sahih yang menunjukkan manusia boleh melihat jin apabila dia berubah rupa, antaranya:
Hadis riwayat alBukhari daripada Abu Hurairah RA yang berkata:
وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ ، فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ ، فَأَخَذْتُهُ وَقُلْتُ : وَاللَّهِ لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ. فشكا حاجة وعيالا فرحمه أبو هريرة وتركه حتى تكرر هذا ثلاث مرات وفي الثالثة قال أبو هريرة : لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ وَهَذَا آخِرُ ثَلاثِ مَرَّاتٍ أَنَّكَ تَزْعُمُ لا تَعُودُ ثُمَّ تَعُودُ ، قَالَ : دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا ، قُلْتُ : مَا هُوَ ؟ قَالَ : إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ ( اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ) حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ ، فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ ، وَلا يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ . وحين أصبح أخبر رسولَ الله صلى الله عليه وسلم بما حصل . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ . أتَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاثِ لَيَالٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ ؟ قَالَ : لا . قَالَ : ( ذَاكَ شَيْطَانٌ)
Maksudnya: "Nabi SAW pernah mewakilkan aku untuk menjaga zakat Ramadan (zakat fitrah). Suatu hari datang sesuatu dan mencuri makanan (daripada zakat tersebut), lalu aku menangkapnya dan berkata: "demi Allah akan akan bawa kamu kepada Rasulullah SAW." Dia merayu dan menyatakan keperluannya dan keluarganya, lalu timbul rasa belas Abu Hurairah terhadapnya, maka Abu Hurairah melepaskan dia pergi, sehinggalah perkara (kecurian itu dilakukannya) itu berlaku sebanyak tiga kali, pada kali yang ketiga Abu Huraira RA menangkapnya, Abu Hurairah berkata: "Pasti aku akan bawakan engkau kepada Rasulullah untuk dijatuhkan hukuman kerana mencuri dan kali ini adalah kali yang ketiga kamu berjanji tidak akan datang mencuri lagi, namun ternyata kamu datang mencuri juga." Kata dia: "lepaskan daku, akan aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang mana Allah memberi manfaat kepadamu dengan kalimat-kalimat tersebut." Kata Abu Hutairah RA: "Apa dia kalimah-kalimah itu?" Kata dia: "Jika kamu ke tempat tidurnya maka bacalah ayatulKursi sehingga selesai. Sesungguhnya kamu akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan syaitan sama sekali tidak akan mendampingimu sehingg Subuh." Kata Abu Hurairah: "Lalu akupun melepaskannya." Apabila subuh hari, aku mengkhabarkan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Sabda baginda Nabi SAW: "Adapun (tentang ayatulKursi) dia telah berkata benar terhadapmu, sedangkan dia itu kuat berbohong. Tahukah kamu wahai Abu Hurairah siapa dia yang bertelagah dengan mu semenjak tiga hari itu?" Jawab Abu Hurairah: "Aku tidak tahu." Jawab baginda: "dia itu syaitan."
alHafidz Ibn Hajar al'Asqalani berkata di dalam alFath: "dalam hadis ini ada beberapa faedah:... (antaranya) syaitan itu pembohong. Demikian juga kadang-kala syaitan boleh merupai beberapa rupa dan ia boleh dilihat (ketika itu). Firman Allah: "sesungguhnya dia (syaitan) dan kabilahnya dapat melihat kamu (manusia) sedangkan kamu (manusia) tidak dapat melihat mereka (syaitan)" adalah dikhususkan jika ia (syaitan) dalam rupa asal yang diciptakan."
Dalam hadis riwayat Muslim pula, daripad Abu Sa'ied alKhudri RA yang berkata: "aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنْ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
Maksudnya: "Sesunguhnya di Madinah terdapat sekumpulan jin yang telah memeluk Islam. Maka sesiapa yang ada melihat sesuatu dari al'Awamir (ular kecil dan besar) maka jangan terus membunuhnya selama tiga hari, jika ia masih ada selepas itu, maka bunuhlah ia kerana ia adalah syaitan (bukan jin muslim)."
alImam alNawawi RH ketika mensyarahkan hadis ini berkata: "maknanya, jika ia tetap tidak keluar (lari) setelah diberi peringatan, maka kehuilah kamu, bahawa ia bukan dari al'Awamir alBuyut, bukan juga dari kalangan jin yang telah memeluk Islam, sebaliknya ia adalah syaitan, maka tiada larangan, membunuhnya."
Selain itu, jin dan syaitan juga boleh merupai haiwan lain bahkan boleh menyerupai manusia, burung dan sebagainya.
Kisah Jin Menyamar Sebagai Ibn Taimiyyah RH
Ibn Taimiyyah sendiri di dalam kitabnya Majmu' alFatawa jilid 13 halaman: 92-93 ketika menceritakan bagaimana tipudaya syaitan untuk menyesatkan manusia sehingga dalam bentuk syaitan menyerupai manusia lalu menyesatkan orang-orang tertentu. Hal itu berlaku terhadap dirnya sendiri. Beliau bercerita:
"Ketika aku ditahan di dalam kurungan (penjara) di Mesir. Hal ini berlaku kepada ramai orang-orang Turki di daerah Timur. Pernah datang seorang lelaki dan berkata (kepada mereka di Turki): "Aku Ibn Taimiyyah" sehingga pemerintah di situ yakin lelaki yang mengaku itu adalah aku. Lalu perkara itu dikhabarkan kepada raja Mardin (ماردين), lalu beliau mengutuskan seorang utusan ke raja Mesir yang aku dipenjarakan di situ (Mesir). Orang-orang di Mesir berasa hairan dan terkejut. Sedangkan aku tidak pernah keluar dari kurungan (penjara di Mesir untuk pergi ke Turki). (Ketika aku ditanya tentang berita tersebut, aku berkata:) "dia itu adalah jin yang sayangkan aku, lalu dia berbuat di Turki seperti apa yang aku buat kepada golongan Tatar ketika mereka sampai ke Dimasyq (Syria), di mana dahulunya aku menyeru mereka (orang-orang Tatar) untuk memeluk Islam. Apabila salah seorang daripada mereka memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, aku berikan makanan kepadanya menurut kemampuanku. Lalu jin itu berbuat sepertimana yang aku lakukan dahulu. Dia (jin itu) lakukan hal tersebut kerana memuliakan aku agar disangkakan aku yg melakukan perbuatan tersebut. Sekumpulan orang bertanya kepadaku: "Mengapa tidak yang menyerupai engkau itu adalah malaikat?" Jawabku:
لا، إن الملك لا يكذب، وهذا قد قال: "أنا ابن تيمية" وهو يعلم أنه كاذب في ذلك
Maksudnya: "tidak (tidak mungkin Malaikat), kerana sesungguhnya malaikat tidak akan berbohong. Orang itu (yang sebenarnya adalah jin) telah mengaku (dengan katanya): "aku Ibn Taimiyyah" sedangkan dia tahu dia itu berbohong dalam dakwaannya itu."
Bukti-bukti ini menunjukkan manusia boleh melihat jin dan syaitan apabila mereka menyerupai makhluk lain.