Doa Untuk Mati Kerana Beranggapan Itulah Yang Baik Untuknya

Friday, November 21, 2008 

Soalan: 

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh Ustaz.
Salahkah seseorang yang sentiada berdoa untuk dimatikan oleh Allah swt jika dia percaya bahawa mati itu adalah yang terbaik untuk dunia dan akhiratnya?

Jawapan :

Seseorang dilarang berdoa untuk kematian kerana berputus asa dengan hidup. Bagaimana dia boleh tahu yang kematian itu lebih baik bagi dirinya? Entah sudah berapa banyak perkara yang pada sangkaan kita ianya baik untuk kita akan tetapi hakikatnya adalah tidak. Berapa banyak pula sesuatu perkara disangka buruk untuk kita tetapi hakikatnya dia baik untuk kita. Allah berfirman:

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Maksudnya: "Dan barangkali kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya baik untuk kamu. dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu. Dan Allah, Dialah yang maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah : 216) 
 
Anas bin Malik ra. meriwayatkan, Nabi saw bersabda:

لا يَتمنَيَنَّ أحدكم الموت لِضُرٍّ نَزَلَ به في الدنيا، لكن ليقل: اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي، وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي

Maksudnya: "Jangan seseorang kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya di dunia, akan tetapi hendaklah dia berkata : "Ya Allah, hidupkanlah aku, selama hidup itu baik untuk aku, dan matikanlah aku selama-mana mati itu baik untuk aku." (al-Bukhari)

Cetak  
Wallahu a'lam