SDI 1129: Tak Sempat Bersyahadah Kemalangan & Meninggal Dunia

Soalan:
Kawan saya nak masuk Islam, dlm proses nak masuk islam, dia kemalangan dan mati. Apakah dia dikira seorg islam atau kafir? Apa hukum kita biarkan jenazahnya diuruskan oleh keluarganya yg bukan islam?

Jawapan:

Hukum zahir atau hukum dunia, dia dihukum sebagai seorg kafir. Segala urusan di dunia diuruskan sbg seorg kafir. Manakala hakikat dia sebenarnya, kita serahkan kpd Allah SWT Tuhan yg mengetahui segala yg zahir dan tersembunyi. Satu yg pasti dia telah kembali bertemu dengan Allah SWT yg sama sekali tidak akan menzaliminya.

Umat Islam tidak berdosa membiarkan mana-mana jenazah yg zahirnya meninggal secara kafir. Demikian juga jenazah seorg yg beriman kpd Allah, namun diuruskan secara bukan Islam kerana ada halangan tertentu yg lebih besar, tidak menjejaskan keimanannya, tidak juga dia akan diazab hanya kerana jenazahnya diuruskan secara bukan Islam.


Cetak  
Wallahu a'lam