SDI 0593: Apakah Qarin Berada Di Dalam Tubuh?

Soalan: 
 
Qarin ni ada dalam tubuh manusia ke? Bagaimana pula jika seseorang itu di rasuk oleh jin? Tidak kah ada konflik antara jin dgn qarin? 
 
Jawapan: 
 
1) Qarin adalah dalam kumpulan jin. Ia menghasut manusia melakukan kejahatan. Ia tergolong dalam golongan syaitan. Di dalam hadis Nabi SAW menyatakan syaitan itu bergerak di dalam tubuh manusia melalui laluan darah atau urat. Justeru ia boleh berada di dalam tubuh manusia. 
 
2) Maklumat tentang alam jin amat terhad. Ia pula termasuk dalam urusan ghaib. Kewajipan kita ialah beriman seperti yang dikhabarkan melalui riwayat yang sahih. Kita tidak disuruh untuk menyibukkan diri mencari-cari maklumat detail tentangnya. 

Cetak  
Wallahu a'lam