SDI 0592: Qarin Nabi SAW Masuk Islam?

Soalan: 
 
Betulkah riwayat mengatakan Nabi s.a.w mengislamkan qarin baginda? 
 
Jawapan: 
 
Jika ditanya tentang betulkah riwayat mengatakan nabi mengislamkan qarin baginda. Maka saya jawab: "Tidak tahu". Yang saya tahu, ada hadis yang diriwayatkan oleh muslim, menyatakan:
 
ما منكم من أحدٍ إلا وقد وكِّل به قرينه من الجن ، قالوا: وإياك يا رسول الله؟ قال: وإياي، إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمرني إلا بخير.
 
Maksudnya: "Tiada seorangpun dari kalangan kamu melainkan telah ada dengannya qarinnya dari kalangan jin." Para sahabat bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah." Baginda jawab: "Daku juga, melainkan Allah telah membantu aku menghadapinya, sehingga ia telah Islam. Maka dia tidak menyuruhku melainkan perkara yang baik sahaja." 
 
Para ulama berbeza pandangan maksud perkataan baginda: فأسلم yang saya terjemahkan sebagai: "sehingga ia telah Islam." Di mana sebahagian ulama mengatakan qarin kepada Nabi SAW telah menjadi Islam, seperti yang ditarjihkan oleh alQadhi 'Iyadh. alImam alNawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengatakan ini yang lebih Zahir kerana binaan kata أسلم sesemangnya boleh membawa maksud masuk Islam. Ada juga yang kata baginda diselamatkan dari bisikan kejahatannya, seperti pilihan alKhattabi. Ada juga yang mengatakan qarin itu telah menyerah diri dan tidak menghasut baginda lagi.

Cetak  
Wallahu a'lam