SDI 1269: Ahli Maksiat Juga Berhak Mendapat Syahid Jika Mati Kerana Wabak?

Soalan: 

Assalamualaikum Ustaz,
Dikatakan seseorang mendapat mati syahid dunia kerana wabak penyakit, sakit berkenaan perut dan mati lemas. Adakah jika seseorang itu pada masa hidupnya dia tidak pernah solat, berpuasa dan melakukan perkara maksiat atau membuat perkara yang bertentangan dgn agama islam mereka juga mendapat syahid asbab kematian yang disebutkan tadi. Mohon penjelasan Ustaz. Terima kasih. 
 
Jawapan: 
 
Syarat mendapat syahid akhirat bagi yang mati berhadapan dengan kesengsaraan seperti sakit di dalam perut, kerana taun, lemas, mati bersalin dan terbaru kerana wabak Covid-19 ialah memiliki iman. Jika masih ada iman di dalam hatinya, apapun amalannya yang dilakukannya ketika di dunia, dia berhak memperolehi syahid akhirat dalam ertikata dia berhak memperolehi keampunan dosa, rahmat dan ditinggikan darjat di sisi Allah SWT. Sesungguhnya bukanlah sesuatu yang berat untuk Allah SWT mengurniakan kelebihan-kelebihan-Nya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita yang juga tidak pernah sunyi melakukan kesalahan dan dosa, tidak putus-putus dikurniakan nikmat dan kelebihan oleh ALlah SWT.
 
Justeru, sebagai seorang muslim yang juga mengharapkan kelebihan-kelebihan kurniaan dari Allah SWT, kita mengharapkan kebaikan dari Allah untuk setiap orang yang dikenali dari kalangan orang beriman yang mati, sepertimana kita mengharapkan kebaikan dan keampunan dari Allah dikurniakan kepada kita terutama ketika dibangkitkan di akhirat kelak.  

Cetak  
Wallahu a'lam