Maksud Sakaratul Maut

Nazak ini merupakan waktu yang terakhir syaitan dan iblis nak menyesatkan kita. Kerana itu sebahagian ulama mengatakan, tidak mustahil pada waktu itu syaitan akan datang dan menyerupai orang tua kita, lalu dia menyeru kita supaya memeluk Kristian. Dia goda kita untuk kita masuk agama selain agama Islam. Siapa buat kerja tu? Syaitan! Kerana itu merupakan peluang terakhir untuk dia menyesatkan kita. Tak mustahil perkara itu berlaku atau boleh berlaku. Sekalipun tidak ada hadis yang sebut tetapi perkara itu tidak mustahil berlaku kerana waktu itu merupakan kesempatan terakhir bagi syaitan untuk menyesatkan anak Adab. Perkara ini menggambarkan keadaan nazak ini keadaan yang begitu dahsyat. Sebab itu ketika kita nazak itu dinamakan sebagai sakaratul maut سكرات الموت kerana sakarat adalah dari kalimah sakrun سكر yang bermaksud mabuk.

Orang yang minum arak lalu arak itu menguasai diri dia sehingga dia bertindak di luar dari tindakan biasanya, dia dinamakan sebagai mabuk kerana arak itu telah menguasai dirinya. Maka orang yang ketika nazak, dia itu diselubungi oleh kematian. Sakit kematian itu merata ke seluruh tubuh badan dia sehingga dia tak boleh beriaksi lagi, tak boleh lagi bertindak balas.

Kadang-kadang kita sebut kepada orang, kita kata waktu nazak itu sakit, waktu nyawa ditarik itu sakit. Ada orang kata, sakit? Tapi tengak sebahagian orang nazak itu relaks saja? bukan setakat orang Islam, jiran saya tu, orang budha dan lainnya mati ok saja tak ada apa pun.

Itu yang kita tengak. Tetapi sebenarnya dia bukan ok, tetapi sebenarnya dia tidak boleh nak bertindak-balas kerana terlampau sakit. Al-Imam al-Ghazali memberi contoh. Sebagai contoh seorang yang dikerat tangan kanannya, yang meronta tangan apa? Yang dikerat itu tidak meronta, kerana ia sedang menanggung kesakitan. Tangan yang dikerat itu duduk diam sahaja. Tapi yang meronta ialah tangan kiri yang tidak dikerat. Kerana kesakitan berada pada tangan yang dikerat iaitulah tangan kanan dan lidah juga menjerit kerana lidah tidak sakit. Ia hanya tindak balas dari sakit yang dipikul di tangan kanan.

Tetapi mati, sakaratul maut, nazak, dia bukan macam tu, sakitnya menyeluruh seluruh tubuh, hatta lidah, semuanya sakit sehingga seluruh anggota tidak boleh memberi tindak-balas. Kerana itu nampak senyap. Sedangkan dia sedang memikul kesakitan. Kalau tak percaya tunggulah sehingga sampai waktunya… kita pun tak tahu. Tapi demikianlah nazak itu, demikianlah ketika sakaratul maut.

Jadi kalau kita dengar kita rasa risau. Kerana itu hafal dan amalkan doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Aku berlindung kepada Allah, dari kejahatan al-Masih al-Dajjal. Kalau tuan-tuan tak hafal dalam bahasa Arab, baca dalam bahasa Melayu. Tapi jangan baca kuat-kuat, baca dalam hati. Dan sepatutnya imam jangan tinggal doa ini. Bagi peluang makmum juga sempat baca doa ini. Kerana ada di kalangan ulama yang berpandangan doa ini wajib di baca di dalam solat. Kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa ini.


Cetak  
Wallahu a'lam