Haram Meminta Hujan Dari al-Anwa' الأنواء

al-Anwa' الأنواء kalimah plural dari al-Nau' النَوْء, iaitulah bintang (النجم). Terdapat 28 bintang yang akan terzahir di langit dalam tempoh setahun. Antara bintang-bintang tersebut seperti bintang thurayya الثريا dan bintang huth الحوت. Masyarakat Arab jahiliyyah dahulu menyangka bintang-bintang ini yang menurunkan hujan. Apabila turun hujan pada ketika terbit sesuatu bintang, mereka menyangka bintang itulah yang menurunkan hujan. Mereka berkata مطرنا بنوء كذا atau هذا مطر الثريا atau هذا مطر الوسمي dan seumpamanya menurut bintang yang terbit ketika turunnya hujan. 

 Meminta hujan dengan al-Abwa' terbahagi kepada dua bahagian: 

1. Berkeyakinan bintang itulah yang menurunkan hujan tanpa sebarang kaitan dengan kehendak dan perbuatan Allah SWT. Keyakinan seperti ini termasuk dalam keyakinan kufur akbar. 

2. Berkeyakinan bintang adalah sebab diturunkan hujan oleh Allah SWT. Keyakinan seperti ini tergolong dalam syirik asghar (dosa besar) kerana menjadikan sesuatu sebagai sebab sedangkan ianya bukan sebab yang sebenarnya. 

Terdapat banyak hadis yang melarang perbuatan meminta hujan dari Anwa', antaranya:  Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya daripada Ibn 'Abbas RA yang berkata: 

مُطِرَ النَّاسُ علَى عَهْدِ النبيِّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، فقالَ: النبيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ: أصْبَحَ مِنَ النَّاسِ شاكِرٌ ومِنْهُمْ كافِرٌ، قالوا: هذِه رَحْمَةُ اللهِ، وقالَ بَعْضُهُمْ: لقَدْ صَدَقَ نَوْءُ كَذا وكَذا قالَ: فَنَزَلَتْ هذِه الآيَةُ: {فَلا أُقْسِمُ بمَواقِعِ النُّجُومِ}، حتَّى بَلَغَ: {وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أنَّكُمْ تُكَذِّبُون}

maksudnya: "Orang ramai menerima hujan di zaman Rasulullah SAW, Lalu baginda SAW bersabda: "Ada di kalangan orang ramai (apabila turun hujan) yang menjadi seorang yang bersyukur ada pula di kalangan mereka yang menjadi seorang kafir. (orang yang bersyukur dengan kedatangan hujan akan berkata) hujan ini adalah rahmat daripada Allah. (Orang yang kafir apabila datangnya hujan akan berkata) benarlah bintang (Nau') demikian dan demikian. Lalu turun ayat al-Quran: "Demi tempat-tempat beredarnya bintang-bintang." (al-Waqi'ah: 75sehinggalah ayat: "Dan kamu semua menjadikan rezeki kurniaan ALlah kepada kamu semua digantikan dengan kekufuran dan pendustaan?" (al-Waqi'ah: 82

Maksud ayat akhir ini ialah, dengan nikmat hujan yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu semua, menjadikan sebahagian daripada kamu mesdustai nikmat tersebut dengan berkeyakinan ia anugerah dari bintang sedangkan Allah yang menganugerahkannya. 


Cetak  
Wallahu a'lam