Kata Ibn Nujaim RH:
والحاصل أن من تكلم بكلمة الكفر هازلاً أو لاعباً كفر عند الكلّ، ولا اعتبار باعتقاده، كما صرح به قاضي خان في فتاويه، ومن تكلم بها مخطئاً أو مكرهاً لا يكفر عند الكلّ، ومن تكلم بها عالماً عامداً كفر عند الكلّ
maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan perkataan kufur secara bergurau atau bermain, dia dihukum kafir di sisi seluruh ulama. Tidak diambil kira apa yang diiktikadkannya, sama sepertimana yang telah dijelaskan oleh Qadhi Khan di dalam fatwa beliau. Sesiapa yang mengucapkan kalimah kufur kerana tersilap atau dipaksa, dia tidak dihukum kafir di sisi seluruh ulama. Sesiapa yang mengucapkan perkataan kufur dalam keadaan tahu dan sengaja, dia dihukum kafir di sisi seluruh ulama." (al-Bahr al-Ra-iq 5/134)