Beriman Kepada Nabi Kita Muhammad SAW
Allah telah memilih seorang hamba-Nya iaitulah Muhammad SAW dan memilih baginda sebagai penutup kepada sekalian para nabi dan rasul. Allah juga telah memilih baginda sebagai rasul atau utusan kepada manusia dan jin seluruhnya. Tiada lagi nabi mahupun rasul selepas daripada baginda.
Baginda ialah Muhammad bin ‘Abdillah al-Qurasyi al-‘Arabiy, dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di Madinah al-Nabawiyyah lebih dari 1400 tahun lalu SAW.
Baginda adalah makhluk yang paling utama dan paling indah akhlaknya, paling berilmu dan paling baik amalannya. Bagindalah manusia yang paling dicintai oleh Allah JWA.
Baginda tidak berbicara menurut hawa nafsu, tidak lain yang dibicarakan oleh baginda melainkan wahyu yang diwahyukan kepada baginda. Allah mengutus baginda sebagai membawa rahmat kepada sekalian alam, membawa berita gembira dan peringatan. Baginda menyeru kepada Allah dengan keizinan daripada Allah sendiri, baginda sebagai pembaca cahaya yang menerangi.
Baginda menghalalkan perkara-perkara yang baik dan mengharamkan perkara-perkara yang keji, menghilangkan bebanan dan belenggu. Baginda telah menyampaikan risalah dan baginda telah melaksanakan amanah tersebut, baginda juga telah bersikap nasihat terhadap umat. Selawat Allah ke atas baginda, keluarga baginda dan para sahabat baginda seluruhnya.
Allah telah memerintahkan semua manusia selepas baginda, agar beriman kepada baginda. Allah juga telah menjadikan penyaksian syahadah bahawa baginda adalah seorang hamba dan utusan Allah lagi penutup segala nabi dan rasul, beriringan dengan penyaksian syahadah akan keesaan-Nya. Allah juga memerintahkan agar beriman dengan setiap apa yang baginda sampaikan, mengikut baginda dalam setiap perintah dan tegahan baginda, demikian juga bahawa tidak dilakukan ibadah kepada Allah melainkan menurut apa yang telah disyariatkan oleh baginda SAW.
Maka sesiapa yang mengkufuri baginda, atau kufur bahawa baginda adalah penutup kepada sekalian para nabi dan rasul, maka orang itu telah kufur dengan kekufuran yang besar (mengeluarkannya dari daerah Islam) dan dia berhak dikenakan dikenakan hukuman kekal di dalam neraka jahanam selama-lamanya.
Allah telah mengukuhkan baginda dengan dikurniakan ayat-ayat-Nya yang agung, mukjizat-mukjizat yang banyak bagi membuktikan kebenaran kenabian baginda. Tanda yang paling agung adalah al-Quran al-Karim.
Allah menjadikan perkataan dan perbuatan baginda sebagai petunjuk, sunnah dan syariat untuk sekalian makhluk di setiap zaman dan tempat. Allah memeliharanya dari perubahan, penyelewengan dan lupus sehinggalah hari kiamat. Allah menjadikan Islam yang dibawa oleh baginda sebagai sebaik-baik syariat dan paling sempurna, pembatal syariat-syariat yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelumnya.
Allah juga memerintahkan manusia seluruhnya mencintai dan memuliakan baginda SAW. Allah juga telah mengkhususkan kepada baginda pengkhususan yang banyak sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah telah mengindahkan baginda dengan sifat-sifat kesempurnaan yang banyak, Allah menjadikan berselawat ke atas baginda termasuk di dalam syiar agama dan dari tanda bagi seseorang yang beragama Islam, demikian juga dapat meraih keredhan Allah. Selawat Allah dan ucapan salam ke atas baginda, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.
Telah beriman kepada baginda pada setiap zaman dan tempat sejumlah besar dari berbagai jenis dan warna dari kalangan jin dan manusia. Mereka yang paling utama dalam kumpulan orang-orang yang telah beriman kepada baginda itu adalah para sahabat yang telah bertemu, beriman dan mati dalam keadaan beriman kepada baginda. Para sahabat adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi seperti yang telah disaksikan oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Paling utama dari kalangan para sahabat itu pula adalah Khulafa’ Rasyidun, Abu Bakar al-Siddiq, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian ‘Uthman bin ‘Affan, kemudian ‘Ali bin Abi Talib, kemudian kesemua 10 orang yang diberi khabar gembira dengan syurga RA.
Para isteri baginda SAW adalah ibu kepada orang-orang yang beriman. Merekalah juga para isteri baginda di dalam syurga nanti. Cinta kepada para isteri dan kepada para sahabat baginda adalah bukti keimanan. Manakala benci kepada mereka adalah bukti kemunafikan dan kemaksiatan.
Beriman kepada nabi kita Muhammad SAW akan bertambah hasil dari pengagungan kita kepada Allah JWA yang telah memilih untuk kita seorang nabi yang terbaik ini. Demikian juga disebabkan cinta kita kepada Allah yang telah memberi keistimewaan kepada kita dengan sebaik-baik makhluk dari kalangan jin dan manusia, semulia-mulia para rasul yang diutuskan, juga cinta kita bertambah hasil dari cinta baginda kepada kita, belas kasihan baginda terhadap kita dan baginda sanggup berjihad untuk memastikan islam islam kepada kita.
Kufur terdapat baginda adalah satu pemalingan dari jalan mendapat kebahagiaan dan kemuliaan, menyelewengkan jalan yang lurus, mensia-siakan nikmat dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.