Memahami Akidah Berdasarkan Pemahaman Yang Dikatakan Wahhabi Boleh Menjadi Benteng Kukuh Dari Pemikiran Asing Dalam Bab Akidah

Mengaji tafsir, hadis, berusaha memahami pemikiran ulama salafus soleh, insya-Allah, itulah jalan yang dapat menjadi sebab kita selamat dari kesesatan.

Hari kita lihat cara pemikiran akidah yang amat mengelirukan. Saya ingat antara jasa al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dituduh sebagai Wahhabi, antara jasa beliau ialah sesiapa yang mengaji akidah cara fahaman yang dikatakan Wahhabi ini, insya-Allah mereka tidak akan terpengaruh walaupun sedikit dengan pemikiran-pemikiran puja kubur, pemikiran Naqsyabiandi Syeikh Nazim al-Haqqani dan seumpamanya.

Mereka yang mengaji akidah seperti yang diterangkan oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, tidak akan teringin dengan pemikiran dan amalan begitu. Kenapa? Kerana akidah yang telah digilap dengan cara paham yang dipopularkan oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang diambil dari Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan Ibn Taimiyyah ambil berdasarkan pemahamannya beliau kepada apa yang difahami oleh generasi Salafus Soleh yang menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Maka insya-Allah orang yang mengambil akidahnya dari al-Quran dan al-Sunnah, akan terlindung dari terpengaruh dengan kesesatan yang ada pada hari ini. Mudah-mudahan Allah lindungi kita semua dari keburukan di dunia dan akhirat.  


Cetak  
Wallahu a'lam