Munafik I'tiqadi

Munafik ada dua maksud, pertama munafik iktiqadi dan kedua munafik amali. Munafik I’tiqadi adalah kafir, iaitulah orang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keislaman.  Itulah munafik I’tiqadi, hakikat dia adalah kafir.

Jadi jika seseorang kata kepada seorang yang lain: “Ya munafik!” jika kita maksudkan munafik hakikat atau munafik I’tiqad. Maknanya kita telah menghukumnya sebagai kafir. Ini bahaya. Kerana itu di dalam hadis Nabi SAW kata: “Siapa yang kata kepada saudara seislamnya: “Ya kafir! atau ya munafik.” Sesungguhnya kafir dan munafik itu فقد باء بينهما berlegar antara mereka berdua.”

Kalau yang menghukum itu dusta pada penghukumannya, maka munafik dan kafir itu kembali kepada diri dia dan haram menghukumkan seorang muslim sebagai kafir ataupun munafik.  


Cetak  
Wallahu a'lam