Kata Buya Hamka:
“jangan kita dengan mudah menuduh orang lain dengan munafik, tetapi perhatikanlah pada jiwa kita sendiri, kalau-kalau penyakit ini ada pada kita entah sedikit, entahkan banyak.”
Ini satu point yang penting untuk kita semua orang-orang yang mengaji agama ambil perhatian. Iaitulah setiap kali kita membaca ayat al-Quran, kita belajar, kita memahami setiap ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW, kita kena tengak diri kita sendiri bukan tengak orang lain. Kerana tujuan belajar al-Quran dan hadis adalah untuk diri kita, untuk kita sendiri ambil pengajaran. Kalau sesuatu hadis menceritakan sifat baik, maka kita berusaha menghiaskan diri dengan sifat baik tersebut. Jika ayat al-Quran ataupun hadis menceritakan tentang sifat-sifat atau ciri-ciri buruk yang sepatunya dijauhi, bukan kita teropong, siapa yang ada sifat itu. Lalu kita kenakan ayat dan hadis itu kepada orang tersebut.
Sebaliknya hendaklah kita tengak dan teropong dan perhartikan diri sendiri apakah kita memiliki ciri-ciri yang buruk tersebut? kerana itu bila kita membaca, kita belajar, kita baca tafsir tentang permulaan surah al-Baqarah yang menceritakan sifat orang-orang kafir, sifat orang-orang beriman dan sifat orang-orang munafik, maka kita perlu perhatikan diri kita sendiri untuk kita menghiaskan diri sendiri dengan sifat orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri kita dari sifat orang-orang kafir dan munafik. Kerana itu jangan kita mudah sangat meletakkan hukum kepada orang itu dan ini sebagai munafik, terutama hanya kerana orang itu dan ini berkelahi dengan aku. Tak boleh berbuat begitu