Sunday, November 23, 2008
Soalan:
Saya mendengar ada beberapa orang termasuk yang bergelar Ustaz mendakwa orang-orang yang mati sebagai syahid, jasad mereka tidak di makan tanah. Benarkah dakwaan tersebut ? Adakah dalil yang menyokongnya ? Semoga Allah membalas jasa baik dari pihak Ustaz.
Jawapan :
Pertama sekali kita mengucapkan tahniah kepada Saudara yang bertanya dengan sikap yang ditunjukkan beliau apabila menanyakan: "Adakah dalil yang menyokong dakwaan tersebut". Beginilah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh setiap muslim apabila mereka berdepan dengan perkara yang menjadi keraguan mereka.
Saya akan buatkan sedikit kesimpulan secara ringkas daripada fatwa yang terdapat di dalam web Islam-Online yang memuatkan beberapa fatwa ulama-ulama terkemuka hari ini.
1- Orang yang mati Syahid adalah orang yang terbunuh dari kalangan orang Islam di dalam peperangan dengan orang Kuffar. Ianya kembali kepada niat orang tersebut. Di antara syarat untuk seseorang itu memperolehi syahid ialah dia berperang untuk menegakkan kalimah Allah.
2- Tidak terdapat dalil yang warid dari Nabi SAW mahupun dari al-Quran al-Karim yang memberi jaminan jasad para syuhada' tidak dimakan tanah. Hanya yang ada jaminan adalah kepada jasad para Nabi dan Rasul AS Sepertimana Sabda Nabi SAW:

إنّ الله حرّم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء عليهم السلام." رواه أحمد وأبو داود والنسائي وابن ماجة والدارمي وابن خزيمة.
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad para anbiya 'alaihimussolatu wassalam" (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'ie, Ibnu Majah, ad-Daarimi dan Ibnu Khuzaimah)
Dr. Ahmad Sa'id Hawa iaitu seorang guru Fiqh dan Usul Fiqh di Jamii'aat al-Urduniyyah berkata:
"Yang warid di dalam nas ialah Allah SWT memelihara jasad para Anbiya AS, Adapun yang selain daripada mereka bukanlah menjadi kemestian dipelihara jasad mereka. Di sampinig itu terdapat bukti yang menunjukkan kadang-kadang Allah memelihara jasad sebahagian para syuhada dan orang-orang soleh yang bukan dari kalangan para syuhada sebagai memuliakan mereka. Atas dasar ini maka sesungguhnya jasad para syuhada' juga akan hancur sama seperti jasad-jasad yang lain dan tidak dihukum mereka tidak mendapat syahid hanya kita melihat jasad mereka hancur. Jika sesiapa di kalangan syuhada' yang kita dapati jasad mereka tidak dimakan tanah, maka yang demikian itu adalah kemulian daripada Allah untuknya. Allah memuliakan sebahagian para syuhada' dengan jasad mereka tidak dimakan tanah."
Kesimpulannya; Bukanlah menjadi kemestian setiap Syuhada' itu jasad mereka terpelihara dari dimakan tanah. Jika adapun, perkara itu adalah kemuliaan khusus yang Allah SWT kurniakan kepada jasad tersebut. Kemulian sebegini bukan hanya diberikan kepada para syuhada', terkadang berlaku juga kepada jasad orang-orang soleh yang kematiannya bukan disebabkan mati syahid. Inilah kemulian yang Allah ta'ala berikan kepada sebahagian hambaNya. Dalil yang ada tentang terpeliharanya jasad dari dimakan tanah hanyalah kepada jasad para Nabi dan Rasul AS.