Perbezaan Jelas Antara Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Pelampau Sufi Dan Tarikat Berkaitan Wali Mentadbir Alam

Umat Islam dari dulu, terutamanya orang kita yang Melayu dan Muslim dari dahulu, tok-tok guru mengajar kita malaikat Jibril menurunkan wahyu, Mikail menurunkan hujan dan rezeki, Izrail mencabut nyawa, Israfil meniup sangkakala dan berikutnya… Umat Islam tahu Mikail turunkan hujan dan rezeki, namun tak ada di kalangan orang Melayu Muslim yang mintak rezeki dari Mikail, tidak ada! Kerana kita memahami ayat al-Quran فالمدبرات أمرا “demi malaikat yang menguruskan urusan”, iaitulah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALlah, bukan malaikat menguruskan dunia menurut kehendak mereka sendiri. Ini yang diajar kepada kita oleh tuan-tuan guru dari dahulu. Buktinya tidak ada di kalangan Melayu Muslim yang meminta rezeki dan pertolongan kepada malaikat Mikail dengan berkata: ميكائيل إغثنا، أغثنا “Wahai malaikat Mikail, tolonglah kami, tolonglah kami!”, atau: “Wahai malaikat Mikail, tolonglah beri rezeki kepada kami!” tak ada sama sekali. Berpuluh tahun dah kita hidup, masyarakat muslim yang berada di negara kita ini, tiada seorangpun, hatta sejahil-jahil orang Melayu tentang agama, tidak pernah mereka meminta pertolongan dan rezeki dari malaikat Mikail! Tak pernah sama sekali, kerana kita telah diberi kefahaman yang mantap, malaikat menguruskan urusan dunia, memberi rezeki dan seumpamanya adalah menurut perintah dan kehendak dari ALlah SWT.

Berbeza dengan tarikat Naqsyabandi pimpinan Syeikh Nazim al-Haqqani ini, yang mendakwa Allah hanya melihat sekali sahaja dunia ini, dan ALlah menyerahkan semua urusan kepada wali. Bukan setakat itu, bahkan mereka mendakwa ALlah menyerahkan urusan mentadbir alam ini keseluruhannya kepada semua wali kutub yang telah diberi kuasa oleh ALlah.

Pemahaman ini amat bahaya, ia membawa maksud, wali mentadbir alam mengikut kehendaknya, kerana telah mendapat lesen besar dari Allah SWT. Ini amat bahaya dan terlampau bahaya. Kerana itu kita tengak pelampau sufi dan tarikat ini, meminta kepada wali dengan berkata: ”Wahai syeikh sekian-sekian, tolong kami!”, “Wahai wali kutub sekian-sekian, tolong kami!”, kerana apa jadi begini? kerana mereka telah dididik dari awal, urusan dunia ini di bawah tangan wali. Kefahaman ini ternyata berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.      


Cetak  
Wallahu a'lam