Amalan Berhimpun Di Kubur Wali Kerana Mengharapkan Redha Wali Adalah Hasil Dari Kecelaruan Tauhid Uluhiyyah

Kita bersyukur kerana memeluk agama Islam dan kita juga bersyukur kepada Allah yang tidak mengizinkan kepala selain-Nya memiliki sifat ketuhanan atau dengan ungkapan lain, Allah tidak menjadikan Dia memiliki anak, kerana kalau Allah menghendaki untuk diri-Nya ada anak, Dia mampu melakukan perkara itu.

Kenapa saya kata kita kena bersyukur apabila Allah tidak mengizinkan pihak lain menjadi tuhan melainkan Dia sahaja? Kenapa kita kena bersyukur?

Kerana kita tidak perlu penat dan bertungkus lumus mencari keredhaan banyak tuhan. Kalaulah Allah menciptakan anak untuk diri-Nya, sudah tentu kita berada dalam masalah yang besar. Kita terpaksa berusaha mendapatkan keredhaan ALlah dan keredhaan anak Allah – Maha Suci Allah dari memiliki anak – tapi sebagai contoh.

Kita kena bersyukur kerana Allah tidak mengizinkan selain Dia sesiapapun untuk menjadi tuhan atau memiliki sifat ketuhanan, melainkan Dia sahaja tuhan yang esa.

Cuba perhatikan penganut Kristian yang mengatakan tuhan itu ada tiga. Mereka kena dapatkan keredhaan tuhan pertama, kedua dan ketiga. Ini satu bala dan musibah. Kalau tuhan itu ada banyak, jika kita berjaya mendapatkan keredhaan tuhan yang pertama, tuhan yang kedua dan ketiga belum tentu redha kepada kita. Maka kita terpaksa menjadi keredhaan ketiga-tiga tuhan. 

Apabila golongan pelampau sufi dan tarikat yang beranggapan para wali mentadbir alam dengan kuasa yang diberikan oleh ALlah, maka mereka terpaksa berusaha mendapatkan keredhan wali terlebih dahulu, supaya wali itu suka kepada mereka, baru wali itu sanggup menjadi orang tengah antara mereka dengan Allah. Kerana itu kita tengak pelampau sufi dan tarikat, melakukan berbagai acara di kubur orang yang mereka anggap sebagai wali. Mereka berhimpun di kubur wali, mereka bernasyid di kubur wali, ada yang tawaf di kubur wali dan sebagainya, sebagai usaha mereka agar wali yang telah mati itu, kenal, sayang dan suka atau redha kepada mereka, lalu wali itu akan rekamen atau syorkan nama kita kepada Allah, wali itu akan minta kebaikan untuk kita kepada Allah.

Pemikiran seperti ini satu musibah dan bala, jika ia diterima oleh masyarakat. Ia bukan Ahli Sunnah wal Jamaah, bukan juga ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi SAW.


Cetak  
Wallahu a'lam