Pengajaran Terpenting Kepada Anak-Anak

Pengajaran Terpenting Kepada Anak-Anak

1. Allah adalah yang paling benar.

2. Ilmu tentang Allah, adalah ilmu yang tertinggi, paling asas, paling bermanfaat dan paling mulia.

3. Melakukan amalan sebagai persiapan untuk bertemu dengan-Nya, merupakan amalan yang paling bermanfaat.

4. Mereka yang tidak beriman kepada-Nya dan ayat-ayat-Nya, tiada perkara lain yang akan diimaninya. Perhatikan firman Allah SWT:

{ تِلۡكَ ءَایَـٰتُ ٱللَّهِ نَتۡلُوهَا عَلَیۡكَ بِٱلۡحَقِّۖ فَبِأَیِّ حَدِیثِۭ بَعۡدَ ٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ یُؤۡمِنُونَ } { وَیۡلࣱ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِیمࣲ } { یَسۡمَعُ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ تُتۡلَىٰ عَلَیۡهِ ثُمَّ یُصِرُّ مُسۡتَكۡبِرࣰا كَأَن لَّمۡ یَسۡمَعۡهَاۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍ أَلِیمࣲ }

Maksudnya: "Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, - Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu sampaikan perkhabaran kepada dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (al-Jāthiyah: 6-8)

Setiap perkara dalam kehidupan ini, merupakan bukti kebenaran Allah Taala (Yang Maha Tinggi). Bagaimana seorang hamba masih membantah dan kufur terhadap Allah?

Inilah salah satu maksud firman Allah SWT:

{ قُتِلَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَاۤ أَكۡفَرَهُۥ }

Ayat di atas ini (ʿAbasa: 17) boleh memberi dua maksud. Salah satunya membawa maksud “alangkah”, jadilah terjemahannya: "Binasalah manusia itu, alangkah besar kekufurannya." Boleh juga membawa maksud satu bentuk pertanyaan, jadilah maksudnya: "Binasalah manusia itu, apa lagi yang menjadikannya kafir?"

Jika seseorang dapat mengesan setiap yang wujud melalui ilmu sains dan seumpamanya, namun dia masih tidak dapat merasai kehebatan pencipta dan pentadbir semuanya, sehingga membuahkan rasa cintanya kepada Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Mentadbir itu, langsung mengakui kehambaannya kepada-Nya, lalu segera beramal untuk persediaan bertemu dengan Tuhannya itu, sepertimana firman Allah SWT:

{ أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَكۡثَرَهُمۡ یَسۡمَعُونَ أَوۡ یَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِیلًا }

"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi." (al-Furqān: 44]

Mereka dianggap sehina-hina makhluk kerana segala yang diketahui oleh mereka tertegak di hadapan mereka sendiri, sebagai bukti yang amat terang, nyata lagi jelas. Firman Allah SWT:

{ سَنُرِیهِمۡ ءَایَـٰتِنَا فِی ٱلۡـَٔافَاقِ وَفِیۤ أَنفُسِهِمۡ حَتَّىٰ یَتَبَیَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَلَمۡ یَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ شَهِیدٌ }

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Fuṣṣilat: 53)

Setiap sesuatu yang wujud adalah dari-Nya dan dengan kemampuan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada manusia. Dialah Allah yang mengajarkan setiap sesuatu kepada manusia apa yang tidak diketahui oleh mereka, sehingga manusia dapat bersenang-lenang hidup di dunia.

Kerana itu, tiada yang memalingkan pengabdian diri kepada selain-Nya, melainkan dia adalah manusia yang memiliki sekeji-keji dan sehina-hina jiwa, akal dan hati.

Termasuk dalam kesesatan dan pendustaan yang besar adalah penisbahan mereka yang engkar dan sesat ini sebagai tokoh besar, para cerdik-pandai dan manusia terpilih, bahkan mereka sebenarnya berdasarkan apa yang disifatkan oleh alQuran ialah sebagai seburuk makhluk, seburuk-buruk kehidupan, golongan bodoh, golongan sesat dan tiada sebarang nilai di sisi Allah ketika hari kiamat kelak.

Mereka adalah golongan yang dikhabarkan oleh Allah agar dijauhi dalam firman-Nya:

{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسࣱ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدࣲۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (18) وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمۡ أَنفُسَهُمۡۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (19) } { لَا یَسۡتَوِیۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِۚ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ هُمُ ٱلۡفَاۤىِٕزُونَ }

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini)." (al-Ḥashr: 18-20)

Merekalah juga golongan pertama yang diarahkan Nabi Musa AS agar menjauhinya, firman Allah SWT:

{ إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِیَةٌ أَكَادُ أُخۡفِیهَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ }{ فَلَا یَصُدَّنَّكَ عَنۡهَا مَن لَّا یُؤۡمِنُ بِهَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ فَتَرۡدَىٰ }

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa." (Ṭā-Hā: 15-16)


Cetak  
Wallahu a'lam