Soalan:
Ustaz, ada pihak mengatakan bahawa untuk mendepani pertanyaan yg pelbagai mengenai ketuhanan (soalan daripada anak muda yg cerdas/banyak berfikir), maka perlu kepada ilmu kalam.. sedangkan ramai ulama menolak ilmu kalam dlm perbahasan akidah. bagaimana kita nak fahami dan menjawab isu ini? mohon penjelasan.
Jawapan:
Tidak perlu Ilmu Kalam untuk memahami akidah. Perbahasan akidah secara falsafah itu timbul, ketika berdepan dengan fitnah falsafah dari pihak luar. Oleh itu, anak muda yang cerdas berfikir, selagi tidak diracuni dengan pemikiran falsafah, dengn mudah dapat faham akidah dari alQuran dan al-Sunnah yang sahih, sama sepertimana kefahaman masyarakat awam muslim.
Masalah hanya kepada mereka yang telah diracuni cara fikir falsafah dan tidak boleh membebaskan dirinya dari cara fikir falsafah itu. Dalam situasi ini, sebagai usaha, kita perlu memanfaatkan penjelasan dari al-Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi.