al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Asma’ bin Yazid al-Ansariyyah RA yang berkata:
كانَ رَسُولُ اللَّهِ -ﷺ- فِي بَيْتِي، فَذَكَرَ الدَّجّالَ فَقالَ:»إنَّ بَيْنَ يَدَيْهِ ثَلاثَ سِنِينَ: سَنَةٌ تُمْسِكُ السَّماءُ فِيها ثُلُثَ قَطْرِها والأرْضُ ثُلُثَ نَباتِها، والثّانِيَةُ تُمْسِكُ السَّماءُ ثُلُثَيْ قَطْرِها والأرْضُ ثُلُثَيْ نَباتِها، والثّالِثَةُ تُمْسِكُ السَّماءُ قَطْرَها كُلَّهُ، والأرْضُ نَباتَها كُلَّهُ، فَلا يَبْقى ذاتُ ظِلْفٍ ولا ذاتُ ضِرْسٍ مِنَ البَهائِم إلّا هَلَكَ، وإنَّ مِن أشَدِّ فِتْنَتِهِ أنَّهُ يَأْتِي الأعْرابِيَّ فَيَقُولُ: أرَأيْتَ إنْ أحْيَيْتُ لَكَ إبِلَكَ ألَسْتَ تَعْلَمُ أنِّي رَبَّكَ؟ فَيَقُولُ: بَلى، فَيُمَثِّلُ لَهُ الشَّيْطانَ نَحْوَ إبِلِهِ كَأحْسَنِ ما يَكُونُ ضُرُوعًا وأعْظَمِهِ أسْنِمَةً»، قالَ: «ويَأْتِي الرَّجُلَ قَدْ ماتَ أخُوهُ وماتَ أبُوهُ فَيَقُولُ: أرَأيْتَ إنْ أحْيَيْتُ لَكَ أباكَ وأخاكَ ألَسْتَ تَعْلَمُ أنِّي ربُكَ؟ فَيَقُولُ: بَلى، فَيُمَثِّلُ لَهُ الشَّياطِينَ نَحْوَ أبِيهِ ونَحْوَ أخِيهِ»، قالَتْ: ثُمَّ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ -ﷺ- لِحاجَتِهِ ثُمَّ رَجَعَ والقَوْمُ فِي اهْتِمامٍ وغَمِّ مِمّا حَدَّثَهُمْ، قالَتْ: فَأخَذَ بِلَحْمَتَي البابِ فَقالَ: «مَهْيَمْ أسْماءُ؟» قُلْتُ: يا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ خَلَعْتَ أفْئِدَتَنا بِذِكْرِ الدَّجّالِ، قالَ: «إنْ يَخْرُجْ وأنا حَيٌّ فَأنا حَجِيجُهُ، وإلّا فإنَّ رَبِّي خَلِيفَتِي عَلى كُلِّ مُؤْمِنٍ»، فَقُلْتُ: يا رَسُولَ اللَّهِ! واللَّهِ إنّا لَنَعْحِنُ عَجِينَنا فَما نَخْبِزُهُ حَتّى نَجُوعَ، فَكَيْفَ بِالمُؤْمِنِينَ يَوْمَئِذٍ؟ قالَ: «يُجْزِئُهُمْ ما يُجْزِئُ أهْلَ السَّماءِ مِنَ التَّسْبِيحِ والتَّقْدِيسِ»
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ketika berada di rumahku baginda menyebut tentang dajal. Baginda bersabda: “Sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan dajal, di mana tahun pertamanya berlaku kemarau. Langit tidak menurunkan 1/3 hujan dan bumi tidak menumbuhkan 1/3 dari tumbuhannya. Pada tahun kedua, langit tidak menurunkan 2/3 hujan demikian juga bumi tidak menumbuhkan 2/3 tanamannya. Pada tahun yang ketiga, langit tidak menurunkan hujan sama sekali, demikian juga bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali. Tiada haiwan yang memiliki dzhilf (kuku seperti lembu, kambing, kijang atau seumpamanya) dan haiwan buas melainkan semuanya akan binasa. Antara fitnah dajal yang paling dahsyat, di mana dia akan datang kepada seorang Arab Badwi dan berkata: “Bagaimana jika aku dapat menghidupkan unta kamu? Tidakkah kamu yakin aku ini adalah tuhanmu?” Jawab lelaki Badwi tersebut: “Bahkan aku yakin kamu adalah tuhanku, jika kamu dapat menghidupkannya.” Lalu syaitan menyerupai unta-unta lelaki tersebut dalam bentuk yang paling baik, memiliki susu yang banyak dan bonggol-bonggol yang besar.” Baginda bersabda lagi: “Dajal juga akan datang kepada seorang lelaki yang bapa dan saudaranya telah meninggal dunia seraya berkata: “Bagaimana jika aku dapat menghidupkan kembali bapa dan saudara lelakimu yang telah mati ini. Tidakkan kami yakin aku ini tuhanmu?” Jawab lelaki itu: “Bahkan aku meyakininya jika kamu berbuat sedemikian.” Lalu syaitan menyerupai bapa dan saudaranya.” Kata Asma’ binti Yazid: “Setelah itu Rasulullah SAW keluar menunaikan hajat baginda kemudian baginda pulang. Orang ramai berada dalam keadaan sangat teruja dan memberi perhatian dengan kisah yang baginda sampaikan kepada mereka.” Kata Asma’ binti Yazid lagi: “Lalu baginda memegang penjuru pintu dan bersabda: “Kenapa dengan mu wahai Asma’?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, dikau telah menjadikan jantung hati kami tercabut dengan mendengar cerita dajal ini.” Baginda bersabda: “Jika ketika dajal keluar, aku masih hidup, maka dakulah yang mempertahankan kau semua. Namun tuhankulah yang akan menjaga setiap orang yang beriman.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, benar-benar ketika kami menguli tepung untuk dibuat roti, belum sempat ia siap menjadi roti, kami telah berasa lapar kerana kurang sabar untuk menjamahnya, bagaimana pula keadaan orang yang beriman pada hari tersebut?” Jawab baginda SAW: “Mencukupkan mereka apa-apa yang menjadi cukup kepada penghuni langit dengan bertasbih dan mensucikan Allah.” (Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah 19/176 menyatakan “Isnad hadis ini tidak mengapa.”)