1. Anda gagal menafikan tajuk status FB saya kepada potongan video Ustaz Wadi Anuar sebagai; "Sombong, Jahil Atau Berniat Jahat?" kerana video dari Ustaz Wadi Anuar tersebut jelas berlaku sikap biadab dan keji terhadap ulamak dengan menukilkan pandangan ulama secara salah dan tidak bertanggugjawab.
2. Anda dalam kecelaruan kerana anda tidak membaca sendiri teks Ibn Taimiyyah. Sebaliknya hanya berpada dengan tokoh yang tidak sependapat dengan Ibn Taimiyyah seperti alImam alSubki RH.
Dengan sikap ini menyebabkan anda terus keliru kenapa Ibn Taimiyyah masukkan tawassul tertentu dalam isu akidah. Saya datangkan di sini teks penting untuk memahami pandangan Ibn Taimiyyah tentang tawassul:
سُئِلَ شَيْخُ الإسْلامِ - قَدَّسَ اللَّهُ رُوحَهُ -:
عَنْ رَجُلَيْنِ تَناظَرا فَقالَ أحَدُهُما: لا بُدَّ لَنا مِن واسِطَةٍ بَيْنَنا وبَيْنَ اللَّهِ فَإنّا لا نَقْدِرُ أنْ نَصِلَ إلَيْهِ بِغَيْرِ ذَلِكَ.
فَأجابَ:
الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمِينَ، إنْ أرادَ بِذَلِكَ أنَّهُ لا بُدَّ مِن واسِطَةٍ تُبْلِغُنا أمْرَ اللَّهِ: فَهَذا حَقٌّ. فَإنَّ الخَلْقَ لا يَعْلَمُونَ ما يُحِبُّهُ اللَّهُ ويَرْضاهُ وما أمَرَ بِهِ وما نَهى عَنْهُ وما أعَدَّهُ لِأوْلِيائِهِ مِن كَرامَتِهِ وما وعَدَ بِهِ أعْداءَهُ مِن عَذابِهِ ولا يَعْرِفُونَ ما يَسْتَحِقُّهُ اللَّهُ تَعالى مِن أسْمائِهِ الحُسْنى: وصِفاتِهِ العُلْيا الَّتِي تَعْجِزُ العُقُولُ عَنْ مَعْرِفَتِها وأمْثالِ ذَلِكَ إلّا بِالرُّسُلِ؛ الَّذِينَ أرْسَلَهُمْ اللَّهُ إلى عِبادِهِ. فالمُؤْمِنُونَ بِالرُّسُلِ المُتَّبِعُونَ لَهُمْ هُمْ المُهْتَدُونَ الَّذِينَ يُقَرِّبُهُمْ لَدَيْهِ زُلْفى ويَرْفَعُ دَرَجاتِهِمْ ويُكْرِمُهُمْ فِي الدُّنْيا والآخِرَةِ....... وإنْ أرادَ بِالواسِطَةِ: أنَّهُ لا بُدَّ مِن واسِطَةٍ فِي جَلْبِ المَنافِعِ ودَفْعِ المَضارِّ مِثْلَ: أنْ يَكُونَ واسِطَةً فِي رِزْقِ العِبادِ ونَصْرِهِمْ وهُداهُمْ؛ يَسْألُونَهُ ذَلِكَ ويَرْجُونَ إلَيْهِ فِيهِ: فَهَذا مِن أعْظَمِ الشِّرْكِ الَّذِي كَفَّرَ اللَّهُ بِهِ المُشْرِكِينَ؛ حَيْثُ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهُ أوْلِياءَ وشُفَعاءَ؛ يَجْتَلِبُونَ بِهِمْ المَنافِعَ ويَجْتَنِبُونَ المَضارَّ
Maksudnya: “Ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah QSR: “Tentang dua orang lelaki yang saling bertengkar, salah seorangnya berkata: “Kita mesti adakan perantara antara kita dengan Allah, kerana kita tidak mampu sampai kepada-Nya tanpa perantara tersebut.”
Jawab Ibn Taimiyyah RH:
Segala pujian adalah milik Allah. Jika orang itu memaksudkan mesti ada perantara yang dapat menyampaikan kita kepada Allah, maka perkara ini benar. Ini kerana, makhluk tidak mengetahui apa yang dicintai dan diredhai oleh ALlah, apa yang diperintahkan dan apa yang ditegahkan-Nya, apa yang disediakan oleh-Nya untuk para wali-Nya terdiri dari perkara karamah dari-Nya, ancaman kepada para musuh-Nya terdiri dari azab dari-Nya. Makhluk juga tidak tahu apa yang berhak terhadap Allah dari nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi, yang akal menjadi lemah dari mengetahui tentangnya dan seumpamanya, melainkan para rasul yang diutuskan-Nya kepada para hamba. Maka orang yang beriman dengan para rasul, mereka mengikut para rasul itu dan ikutan mereka itu mendekatkan mereka kepada Allah dengan sedekat-dekatnya, meninggi dan memuliakan kedudukan mereka di dunia dan akhirat…. Jika dia maksudkan dengan perantara itu ialah PERANTARA YANG MESTI ADA bagi memperoleh manfaat dan menolak mudharat, seperti MESTI ADA PERANTARA untuk mendapatkan rezeki, bantuan dan petunjuk, sehingga mereka meminta perkara itu kepada perantara tersebut (bukan kepada Allah), mereka meletakkan harapan kepada perantara dalam perkara tersebut. Maka hal ini termasuk dalam sebesar-besar syirik yang Allah menghukumkan kafir dengan sebabnya golongan musyrikin, kerana mereka menjadikan selain dari Allah sebagai penolong dan pemberi syafaat (tanpa keizinan dari Allah), mereka berkeyakinan mendapat manfaat dan menolak kemudharatan dengan para perantara tersebut.” (Majmu’ al-Fatawa 1/121)
Oleh itu, tawassul atau mengadakan perantara yang dihukum kafir oleh Ibn Taimiyyah ialah mereka yang mengatakan; untuk memperoleh manfaat atau menolak mudharat, untuk meminta rezeki, bantuan, petunjuk dan lainnya mestilah dari perantara, tidak boleh meminta terus kepada ALlah SWT. Hal ini adalah satu bentuk menyerahkan pengibadatan kepada makhluk bukan kepada Allah SWT. Sehingga segala kebaikan dan keburukan bergantung kepada perantara tersebut. Ini bukan lagi isu fekah, sebaliknya ia jelas isu akidah yang menjadi kesepakatan umat Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan Ibn Taimiyyah yang anda nukilkan: وَالْكُفْرُ إِنَّمَا يَكُونُ بِإِنْكَارِ مَا عُلِمَ مِنَ الدِّينِ بِالضَّرُورَةِ، أَوْ بِإِنْكَارِ الأَحْكَامِ الْمُتَوَاتِرَةِ وَالْمُجْمَعِ عَلَيْهَا .maksudnya: "Dan hukum kufur hanya jika berlaku pengingkaran terhadap perkara yang diketahui dari agama secara pasti atau pengingkaran terhadap hukum-hakam yang mutawatir dan yang telah disepakati."
Tawassul atau mengadakan perantara dalam gambaran seperti ini menafikan banyak ayat al-Quran terutamanya dari surah al-Fatihah:إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْن maksudnya: "Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan." Perkara ini jelas termasuk dalam isu akidah dalam pembahagian tauhid uluhiyyah.
Adapun berkaitan soalan pertama anda:
1. adakah tawassul yg harus yg dimaksudkan itu ketika itu nabi hidup atau nabi telah wafat ?
Jawapan saya (binSahak):
Ibn Taimiyyah membahagikan tawassul kepada tiga bahagian, secara ringkasnya:
Pertama: Tawassul dengan iman dan ketaatan kepada Nabi SAW.
Kedua: Tawassul dengan doa dan syafaat dari baginda ketika baginda hidup. Demikian juga syafaat baginda di akhirat.
Dua bahagian tawassul ini Ibn Taimiyyah membenarkannya dan mengatakan ia dapat memberi manfaat dengan ittifaq. Antara dalil Ibn Taimiyyah ialah kisah ‘Umar bertawassul dengan al-‘Abbas untuk meminta kepada Allah diturunkan hujan, setelah kewafatan baginda SAW, iaitulah 'Umar meminta al-'Abbas berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Ini yang beliau maksudkan dengan doa dan syafaat dari seseorang. Tindakan ‘Umar meminta doa dan syafaat kepada al-‘Abbas menunjukkan tidak ada tawassul dengan zat seseorang yang mulia setelah dia meninggal dunia termasuklah baginda SAW.
Ayat al-Quran: وابْتَغُوا إلَيْهِ الوَسِيلَةَ lebih kurang maksudnya: “Carilah wasilah kepada-Nya,” di mana wasilah itu dihuraikan maksudnya oleh Ibn Taimiyyah sebagai: “al-Qurbah (kedekatan) kepada Allah dengan melakukan ketaatan kepada rasul-Nya, kerana ketaatan kepada rasul-Nya adalah ketaatan kepada-Nya."
Ibn Taimiyyah juga menyatakan, kalimah Tawassul dan Tawajjuh dengan Nabi SAW pada ungkapan para sahabat adalah memaksudkan tawassul dengan doa dan syafaat dari baginda. Ia berbeza dengan tawassul yang dimaksudkan pada kebiasaan kebanyakan orang kemudian, yang memaksudkan kepada al-Iqsam dan meminta dengan (zat) baginda. Bahagian ini adalah bahagian ketiga. Pada Ibn Taimiyyah bahagian ini tidak warid dalam sunnah.
Ibn Taimiyyah RH menyatakan, tawassul atau al-Iqsam dan meminta dengan zat baginda ini, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat sama ada ketika baginda hidup mahupun setelah baginda wafat, tidak dilakukan di sisi kubur baginda dan kubur selain baginda, demikian juga tidak diketahui cara ini terdapat dalam doa-doa yang masyhur sesama mereka. Sebaliknya ia hanya dinukilkan dari hadis-hadis yang lemah secara marfu’ dan mauquf dan dari mereka yang perkataannya bukan hujah. Seterusnya Ibn Taimiyyah berkata:
والحَلِفُ بِالمَخْلُوقاتِ حَرامٌ عِنْدَ الجُمْهُورِ، وهُوَ مَذْهَبُ أبِي حَنِيفَةَ وأحَدُ القَوْلَيْنِ فِي مَذْهَبِ الشّافِعِيِّ وأحْمَدَ، وقَدْ حُكِيَ إجْماعُ الصَّحابَةِ عَلى ذَلِكَ. وقِيل: هُوَ مَكْرُوهٌ كَراهَةَ تَنْزِيهٍ. والأْوَّل أصَحُّ. فالإْقْسامُ بِالنَّبِيِّ ﷺ عَلى اللَّهِ - والسُّؤال بِهِ بِمَعْنى الإْقْسامِ - هُوَ مِن هَذا الجِنْسِ
Maksudnya: “Dan bersumpah dengan makhluk adalah haram di sisi majoriti ulama. Itulah mazhab Abu Hanifah dan salah satu pandangan dalam mazhab Syafie dan Ahmad.” Ada dihikayatkan berlaku ijmak dalam perkara ini. Dikatakan juga (ada pandangan) yang mengatakan makruh. Pandangan pertama (yang mengatakan haram adalah lebih benar.” – maknanya Ibn Taimiyyah tidak menghukum kafir kepada orang yang melakukannya seperti yang anda dan Ustaz Wadi Anuar tuduh – Maka al-Iqsam dengan Nabi SAW ke atas ALlah dan meminta kepada baginda dengan makna iqsam adalah dari jenis yang sama.”
Tentang ungkapan tawassul: أسْألُكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ “Daku memohon kepada-Mu dengan nabi-Mu Muhammad”, Ibn Taimiyyah berpandangan harus jika diandaikan ada kalimah mudhaf iaitulah: أسْألُكَ بِمحبة نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ "Daku memohon kepada-Mu dengan kecintaanku kepada nabi-Mu, Muhammad.” maka ia harus. Jika dengan zat baginda, ia haram. Maksud inilah yang difahami dari tawassul yang dinukilkan dari generasi salaf. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah 14/162)
Adapun berkaitan soalan kedua anda:
2. Bukankah syeikh islam tidak mengharuskan secara mutlak tawassul tetapi beliau tafsili bahawa tawassul ada yang jaiz dan ada yang mamnu' ?
Jawapan binSahak:
Saya tidak pasti adakah dari perkataan Ibn Taimiyyah atau dari kalangan ulama lain yang mengatakan Ibn Taimiyyah tidak membenarkan tawassul secara mutlak.
Setahu saya tawassul di sisi Ibn Taimiyyah memiliki perincian atau tafsili, tidak boleh dikatakan beliau tidak mengharuskannya secara mutlak.
Adapun berkaitan soalan ketika anda:
3. Jika Syeikh ibn taimiah mengharuskan tawassul dgn nabi maka kenapa org yang pro kepada beliau sekarang(terutama ulamak najd) mensyirikan tawassul sehingga mengkafirkan umat islam yg bertawassul ketika berziarah ke maqam nabi dan menyamakan tawassul itu dengan penyembahan kubur dan berhala ?
Jawapan binSahak:
Anda telah mencampur-adukkan bahagian-bahagian tawassul, lalu anda keliru. Bukankah anda sendiri mengakui adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam sebahagian permasalahan tawassul ini? Di kalangan ulama ada yang mengharamkan bahagian tertentu. Apakah menjadi kesalahan jika ulama Saudi melarang perbuatan sebahagian umat Islam yang bertawassul di maqam baginda SAW, jika mereka mengatakan perkara itu termasuk dalam tawassul yang diharamkan?
Saya tidak nafikan sememangnya terdapat beberapa tokoh agama Saudi yang menghukum syirik perkara yang belum tentu berlaku syirik. Perkara ini perlu ditangani dengan penjelasan dan huraian. Bukan meletakkan kesalahan dan kesilapan yang berlaku ini kepada Ibn Taimiyyah RH.
Cara faham dan cara fikir sebegini adalah cara fikir musuh Islam yang menyalahkan pensyariatan Jihad dalam Islam adalah punca wujudnya keganasan pada hari ini.